• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

151 Lembu Dihanyut Banjir, Penternak Rugi Lebih RM600,000

oleh Mohd Arshad
23/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
151 Lembu Dihanyut Banjir, Penternak Rugi Lebih RM600,000
Share on FacebookShare on Twitter

JERTEH: Seorang penternak berputih mata apabila 151 lembu peliharaannya hilang dipercayai akibat hanyut selepas banjir melanda Kampung Pengkalan Kubor, di sini, Isnin lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kejadian itu menyebabkan Hashim Abdul Latif, 65, kerugian kira-kira RM600,000 apabila lembu membabitkan pelbagai baka itu hanyut dibawa arus banjir ke Sungai Keluang.

Hashim ketika ditemui mengakui bencana kali ini paling buruk dalam sejarah hidupnya apabila kawasan ternakannya dinaiki air separas tiga meter ditambah pula arus deras.

“Sebelum ini banjir tidak seteruk tahun ini, paling dalam pun hanya setengah meter sahaja. Kali ini air naik mendadak pada Ahad malam dan berterusan hingga Isnin.

“Kira-kira jam 12 tengah hari Isnin, saya dibantu penduduk kampung pergi ke kawasan kandang lembu menaiki enam bot dan sebaik tiba kami dapati kawasan itu seperti lautan dan semua lembu saya sudah pun hanyut,” katanya.

Hashim berkata, hanya 14 lembu miliknya ditemui terselamat, selepas tersangkut pada pokok nipah berhampiran kawasan itu.

Katanya, lembu terselamat itu kemudian ditarik dengan bot dan ada yang dimuatkan atas bot untuk dipindahkan ke kawasan tinggi.

“Kalau ikutkan jumlah lembu saya mencecah 200 ekor termasuk anak, tetapi kalau lembu dewasa sebanyak 165 ekor.

“Daripada yang hilang itu ada lembu berharga lebih RM10,000 seekor,” katanya yang menganggap kejadian itu sebagai dugaan.

Beliau yang turut mengusahakan tanaman tembikai dan keledek, mula menternak lembu kira-kira 12 tahun lalu bermula dengan hanya 15 ekor.

Sementara itu, penternak ayam kampung kacukan kerugian hampir RM13,000 apabila 1,000 ayam diternaknya di Kampung Pengkalan Sentul, dekat sini, mati akibat ditenggelami banjir.

Mohd Fahmi Mohd Nasir, 34, berkata ayam terkurung dalam dua reban itu mati apabila air meningkat mendadak hampir satu meter di kawasan itu.

“Semua ayam berusia 40 dan 30 hari itu sudah boleh dipasarkan, namun tidak ada rezeki apabila banjir kali ini menenggelami kawasan reban, sedangkan sebelum ini tidak pernah dinaiki air kecuali banjir besar,” katanya.

Dalam pada itu Pegawai Veterinar Daerah Besut, Syahidatul Jamaliah A Bakar, berkata setakat semalam 250 laporan diterima daripada penternak di daerah itu membabitkan haiwan ternakan ruminan dan bukan ruminan yang terjejas akibat banjir.

“Kita tidak menolak jumlah penternak akan tampil membuat laporan meningkat selepas ini,” katanya.

Bernama-

Tags: BanjirLembuRugi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Bomba Selamatkan Lembu Seberat 250kg Jatuh Dalam Longkang Di Subang Bistari

Bomba Selamatkan Lembu Seberat 250kg Jatuh Dalam Longkang Di Subang Bistari

27/05/2026
0

Oleh Mynewshub SHAH ALAM – Seekor lembu seberat kira-kira 250 kilogram berjaya diselamatkan pasukan bomba selepas terjatuh ke dalam longkang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd