• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PU Azman Didakwa Kes Seksual Kali Ketiga

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PU Azman Didakwa Kes Seksual Kali Ketiga
Share on FacebookShare on Twitter

AMPANG – PU Azman yang lebih dikenali sebagai Cik Man, didakwa kali ketiga atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun di Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Azman, 41, atau nama sebenar, Azman Syah Alias mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Norhazani Hamzah.

Mengikut pertuduhan, Azman yang hadir di mahkamah dengan memakai kurta biru, didakwa melakukan kesalahan itu dalam bilik sebuah resort di Hulu Langat di sini, pada waktu tengah hari, 22 Julai lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak- kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim tidak menawarkan ikat jamin kepada tertuduh.

“Namun sekiranya mahkamah mahu mengguna pakai budi bicara untuk memberikan ikat jamin, pendakwaan mencadangkan ia ditetapkan pada kadar tinggi dengan mengambil kira pertuduhan tersebut adalah serius.

“Mangsa dalam kes ini merupakan seorang kanak-kanak apatah lagi ia menarik perhatian umum ekoran status tertuduh, maka saya juga berharap dia dikenakan syarat tambahan iaitu tidak ganggu saksi,” katanya.

Bagaimanapun, peguam, Mohamad Zahid Ahmad yang mewakili tertuduh merayu agar anak guamnya diberikan ikat jamin.

Menurutnya, Azman telah dituduh berhubung kes sama dan Mahkamah Klang telah membenarkan dia diikat jamin sebanyak RM24,000 manakala RM40,000 di Mahkamah Seremban.

“Saya dengan rendah diri memohon, jaminan paling minimum diberikan dan tidak keberatan sekiranya syarat tambahan dikenakan terhadap Azman,” katanya.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Norhazani membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin, dengan syarat tambahan iaitu melaporkan diri di balai polis sebulan sekali.

Dia juga dilarang untuk mendekati mangsa dan saksi serta pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 10 Februari 2023 untuk sebutan semula kes.

Pada 7 Disember lalu, dia didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret Klang, atas empat pertuduhan melakukan amang, komunikasi seksual dan kelucahan melampau terhadap tiga remaja lelaki berusia 17 dan 19 tahun, pada Februari hingga Ogos lalu.

Sementara di Mahkamah Sesyen Seremban, dia dituduh pada 12 Oktober, atas lima kes melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki berusia 17 tahun, Februari dan Julai lalu.

-Sinar Harian

Tags: dakwaKes SeksualPU Azman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa konon terdapat cubaan meraih simpati berhubung isu pembayaran denda RM50 juta yang...

Muhyiddin Dakwa Kerjasama BN-PN Bukan Penyatuan Melayu Yang Sebenar

Muhyiddin Dakwa Kerjasama BN-PN Bukan Penyatuan Melayu Yang Sebenar

17/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa kerjasama Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd