• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek ECRL Jajaran Tunjong-Setiu Terjejas Akibat Banjir

oleh AK-47
27/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Projek ECRL Jajaran Tunjong-Setiu Terjejas Akibat Banjir
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Hampir 70 peratus kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen 1 dan 2 meliputi jarak 82 kilometer bagi jajaran Tunjong ke Setiu,Terengganu terjejas akibat banjir minggu lepas.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengurus Pembinaan Seksyen 1 dan 2 Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Mohd Azemi Abdullah berkata, lokasi terkesan banjir itu melibatkan kerja awalan seperti membersihkan hutan selain kawasan jajaran yang berada paras rendah.
“Kerja tanah terjejas dengan air hujan (banjir), jadi dari segi kejuruteraan kita tidak dibenarkan buat kerja.

“Namun banjir bukan halangan 100 peratus dan kita tidak mengganggap semua ini sebagai halangan, sebaliknya kita mahu menambah baik produktiviti untuk menggantikan semula apa yang hilang pada masa banjir ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Penyerahan Sumbangan Barangan Bantuan Mangsa Banjir kepada 180 penerima di Pejabat Penggawa Daerah Bukit Abal pada Selasa.

Mohd Azemi berkata, walaupun terkesan banjir, kerja-kerja pembinaan tidak tertangguh dan aktiviti pembinaan jambatan diteruskan.

“Cuma sekiranya berlaku hujan, mereka terpaksa menghentikan operasi kecuali bagi kerja yang berada pada ketinggian melebihi dua meter dari paras tanah asal.

“Sebelum banjir, kita sudah tidak boleh masuk ke tempat rendah kerana digenangi air, oleh itu pada hari kejadian banjir ia dikira kemuncak sehingga kita tidak boleh langsung masuk ke situ,” jelasnya.

-Sinar Harian

Tags: BanjirJajaran Tunjong-SetiuProjek ECRL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd