• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permohonan Pasport: Rancang Perjalanan, Elak Urusan Saat Akhir

oleh AK-47
12/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Permohonan Pasport: Rancang Perjalanan, Elak Urusan Saat Akhir
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta berurusan ke pejabat-pejabat pasport di luar Lembah Kelang dan kurang sesak bagi urusan permohonan pasport pada Isnin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya mengambil maklum berkaitan kesesakan luar biasa yang berlaku di pejabat-pejabat pasport sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurutnya, kesesakan ini disebabkan penutupan pejabat-pejabat pasport di seluruh Selangor kerana cuti umum dan cuti persekolahan yang telah bermula.

“Orang ramai dinasihatkan agar berurusan di pejabat-pejabat pasport di luar Lembah Kelang dan kurang sesak bagi urusan permohonan pasport.

“Antara pejabat-pejabat pasport berdekatan dan kurang kesesakan yang boleh menjadi alternatif adalah pejabat pasport di Seremban, Melaka, Cameron Highland, Raub, Kuala Langat, Kuala Kubu Bharu, Pengkalan Hulu, Mersing, Kukup dan Kangar,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, mereka yang tiada keperluan mendesak diminta menangguhkan dahulu urusan permohonan pasport.

“Selain itu, urusan permohonan pasport turut dapat dibuat di luar waktu puncak dan orang ramai diminta merancang secara awal perjalanan bagi mengelak sebarang kesulitan.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mengambil sikap menunggu hingga ke saat akhir,” katanya.

Pada Jumaat, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya sedang mengkaji kesesuaian kaedah baharu pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa(PMA) bagi pemohon yang mempunyai keperluan segera.

Menurutnya, kaedah ini bagi mengatasi kesesakan di pejabat pengeluaran pasport Imigresen Malaysia.

“Menerusi kaedah ini, pemohon yang mempunyai bukti untuk melakukan perjalanan ke luar negara dalam masa satu bulan, permohonan akan diproses dalam masa tiga hari atau kurang seperti proses sedia ada.

“Bagi pemohon yang tiada keperluan untuk melakukan perjalanan ke luar negara dalam tempoh satu bulan, permohonan mereka akan diproses dalam masa 30 hari bekerja,” katanya.

Jelas beliau, kaedah pengeluaran pasport seperti ini diamalkan di negara-negara maju seperti Kanada, Amerika Syarikat dan Australia.

-Sinar Harian

Tags: Permohonan Pasport
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Permohonan Pasport Sesak, Imigresen Batal Sistem Temu Janji ‘Online’

29/04/2022
0

PUTRAJAYA : Jabatan Imigresen (JIM) membatalkan sistem temu janji dalam talian (STO) di beberapa pejabat pengeluar pasport seluruh negara, selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd