• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permohonan Pasport Sesak, Imigresen Batal Sistem Temu Janji ‘Online’

oleh Mohd Arshad
29/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Jabatan Imigresen (JIM) membatalkan sistem temu janji dalam talian (STO) di beberapa pejabat pengeluar pasport seluruh negara, selepas berlaku kesesakan disebabkan peningkatan permohonan dokumen itu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pemansuhan STO membabitkan semua pejabat pengeluar pasport di luar Lembah Klang bermula 9 Mei, sementara untuk Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru, Negeri Sembilan dan Melaka akan bermula 16 Mei.

Justeru, beliau berkata, pemohon yang sudah menerima tarikh janji temu melalui STO mulai 16 Mei tidak perlu lagi mematuhi tarikh diberikan.

Dalam pada itu, katanya semua pejabat pengeluar pasport di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Johor Bahru, Negeri Sembilan dan Melaka akan beroperasi pada Sabtu mulai jam 8 pagi hingga 1 petang bermula 14 Mei.

“Waktu pengoperasian kaunter Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur, Selangor dan Johor Bahru akan dipanjangkan sehingga 10 malam bermula 16 Mei,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Secara purata, Jabatan Imigresen menerima sehingga 8,000 permohonan pasport antarabangsa Malaysia sehari dan bermula 1 hingga 26 April lalu, sebanyak 151,173 dokumen itu dikeluarkan di seluruh negara.

Peningkatan 40 peratus ini berbanding sebelum pembukaan sempadan pintu negara pada 1 April lalu, adalah bertepatan jangkaan Jabatan Imigresen.

Khairul Dzaimee berkata, pihaknya juga menyediakan perkhidmatan permohonan pasport antarabangsa tanpa perlu melalui STO seperti di Putrajaya, di mana semua permohonan bawah kategori baharu, warga emas, orang kurang upaya (OKU), pelajar, kanak-kanak dan pemohon yang akan menunaikan haji boleh terus hadir ke kaunter.

Katanya, bagaimanapun bagi pembaharuan pasport antarabangsa, Pejabat Pasport Putrajaya hanya akan memproses permohonan dibuat dalam talian dan hanya pemohon yang menerima notifikasi melalui e-mel sahaja akan diberi perkhidmatan.

-Berita Harian

Tags: ImigresenonlinePermohonan PasportTemu janji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Terima 11,077 Ahli Baharu, 70 Peratus Golongan Muda, Johor Tertinggi – Asyraf Wajdi

UMNO Terima 11,077 Ahli Baharu, 70 Peratus Golongan Muda, Johor Tertinggi – Asyraf Wajdi

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO menerima 11,077 ahli baharu hanya dalam tempoh empat hari pendaftaran keahlian secara dalam talian (online) dibuka...

5,775 Daftar Ahli UMNO Secara ‘Online’ Dalam Tempoh 2 Hari

5,775 Daftar Ahli UMNO Secara ‘Online’ Dalam Tempoh 2 Hari

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seramai 5,775 ahli baharu telah mendaftar secara dalam talian (online) dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd