• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengembara Luar Termasuk China Perlu Lalui Saringan Demam

oleh AK-47
30/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pengembara Luar Termasuk China Perlu Lalui Saringan Demam
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Semua pengembara yang tiba dari luar negara termasuk China di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) perlu melalui saringan demam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, mereka yang dikesan demam atau bergejala atau rujukan kendiri (self declaration) akan dirujuk ke pusat kuarantin atau pihak kesihatan untuk pemeriksaan semula.

Menurut beliau, sekiranya disyaki Covid-19, maka ujian Covid-19 akan dijalankan.

“Selain itu, survelan di PMA juga diperkukuhkan dengan pengambilan sampel air kumbahan dari pesawat yang datang dari negara China.

“Sampel air kumbahan itu kemudiannya akan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) untuk ujian PCR dan seterusnya dihantar untuk penjujukan genom sekiranya dikesan positif Covid-19, ” ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah Zaliha, bagi meningkatkan pengesanan sebarang varian baharu pula, semua kes influenza (ILI) dan jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) yang datang mendapatkan perkhidmatan di fasiliti kesihatan dan mempunyai sejarah perjalanan ke negara China dalam tempoh 14 hari terakhir perlu melakukan ujian RTK-Ag Covid-19.

Jelasnya, mereka yang mempunyai sejarah kontak dengan individu tersebut juga termasuk dalam senarai perlu membuat ujian dan seterusnya dihantar untuk penjujukan genom sekiranya positif Covid-19.

Dalam perkembangan lain, pengisytiharan Malaysia sebagai ‘Kawasan Tempatan Jangkitan’ yang akan tamat pada 31 Disember 2022 dilanjutkan sehingga 30 Jun 2023.

“Tindakan itu bertujuan memudah cara Kementerian Kesihatan menjalankan aktiviti pencegahan dan pengawalan penularan jangkitan Covid-19 menggunakan peruntukkan di bawah P.U. (A) 83/22.

“Pelanjutan itu diwartakan pada 27 Disember 2022 melalui perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelanjutan Kuat Kuasa) (No.2) 2022 [P.U. (A) 397/2022], ” jelasnya.

-Sinar Harian

Tags: ChinaCovid-19Pengembara LuarSaringan Demam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Jawatan Presiden, Timbalan Presiden: UMNO Perak Belum Buat Keputusan

Next Post

Sabah Laksana Dasar Lebih Kukuh Pacu Ekonomi 2023

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

05/06/2025
0

Butterworth: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 86,086 unit peranti rokok elektronik (vape) dan 996.5 liter cecair bernilai lebih RM5.14...

Next Post
Sabah Laksana Dasar Lebih Kukuh Pacu Ekonomi 2023

Sabah Laksana Dasar Lebih Kukuh Pacu Ekonomi 2023

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd