• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lee Zii Jia Kembali Ke BAM

oleh Mohd Arshad
04/12/2022
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Lee Zii Jia Kembali Ke BAM
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Ibarat sirih pulang ke gagang, perseorangan lelaki No. 2 dunia, Lee Zii Jia kembali semula menjejakkan kaki di Akademi Badminton Malaysia (ABM) semalam selepas 11 bulan meninggalkan skuad kebangsaan untuk bergerak sebagai pemain profesional.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Zii Jia menjadi pemain profesional pertama yang menyahut pelawaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) apabila badan induk itu mula membuka pintu buat barisan pemain profesional berlatih dan menggunakan kemudahan di akademi tersebut sejak dua minggu lalu.

Sesi latihan yang berlangsung selama dua jam di ABM itu menyaksikan Zii Jia kembali berlatih bersama-sama semua pemain perseorangan lelaki negara di bawah kendalian jurulatih, Hendrawan.

“Perkara ini pun berlaku secara tiba-tiba, kakak saya (Lee Zii Yii) ada menghubungi Wong Choong Hann (Pengarah Kejurulatih Perseorangan BAM) untuk membuat perbincangan mengenai sesi latihan bersama, dan dia bertanyakan sekiranya saya boleh hadir pada hari ini (Sabtu) atau tidak.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Michelle Chai (Ketua Pegawai Eksekutif ABM) kerana memberi kebenaran untuk berlatih di sini kerana semuanya berlaku pada saat akhir kerana kalau ikutkan mereka hanya membenarkan pemain perseorangan berlatih pada hari Rabu sahaja, jadi saya amat berterima kasih kepada mereka.

“Saya sangat gembira, apatah suasana dalam sesi latihan tadi (semalam) dengan pemain-pemain lain juga bagus, jadi saya rasa program ini sangat bagus untuk semua pihak,” jelas Zii Jia yang ditemui Mingguan Malaysia sejurus tamat sesi latihan di ABM semalam.

Zii Jia juga turut menjelaskan perancangannya kini mahu bergerak solo tanpa jurulatih setelah dia ambil keputusan berpisah dengan Indra Wijaya tempohari, dan bakal berkelana ke Taiwan pertengahan Disember ini untuk mengadakan latihan intensif bersama pemain No. 4 dunia, Chou Tien Chen sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Terbuka Malaysia yang akan berlangsung pada 10 hingga 15 Januari.

“Setakat ini saya memang belum mempunyai perancangan untuk mendapatkan jurulatih, bagaimanapun saya masih ada Liew Daren yang akan mengisi kekosongan tersebut dan menolong saya dalam sesi latihan.

“Saya cuba untuk menjadi seperti Tien Chen dan Viktor Axeselsen, bergerak tanpa jurulatih tapi masih ada pertolongan dan bantuan, secara tidak langsung saya perlu mendisiplinkan dan menguatkan diri untuk berjaya,” tambah Zii Jia.

Dalam masa yang sama, dia melahirkan kekesalan apabila gagal layak ke Akhir Jelajah Dunia yang akan membuka tirai 7 hingga 11 Disember depan di Bangkok Thailand, apabila terkandas di pusingan kedua Terbuka Australia bulan lalu, namun menyifatkan ia bukanlah pengakhiran sebaliknya sedia bangkit pada 2023 memandangkan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 akan bermula pada Mei.

“Secara keseluruhan saya pun tidak begitu gembira dengan keputusan yang saya hasilkan untuk tahun ini, walaupun saya bergelar pemain No. 2 Dunia, namun status itu belum cukup kukuh jadi saya perlu berusaha lebih kuat untuk membuktikan saya layak untuk mendapat gelaran tersebut,” jelas Zii Jia.

-Utusan Online

Tags: BAMlee zii jia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

06/05/2025
0

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz masih lagi menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden pada...

SPRM Sahkan Siasat BAM

SPRM Sahkan Siasat BAM

03/12/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM). IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd