• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 30 Lokasi Di Sabah Berisiko Banjir Kilat Dalam Tempoh 12 Jam

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lebih 30 Lokasi Di Sabah Berisiko Banjir Kilat Dalam Tempoh 12 Jam
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 12 jam ini di lebih 20 kawasan di lima daerah di Sabah sekiranya hujan lebat atau ribut petir signifikan berterusan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut JPS, daerah terlibat adalah Kota Marudu, Kudat, Pitas, Sandakan dan Paitan, berdasarkan maklumat ramalan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS.

Lokasi ‘hotspot’ berisiko banjir bagi Kota Marudu adalah Kampung Ongkilian, Kampung Parong, Kampung Rakit, Kampung Popok Laut, Kampung Papar, Kampung Damai, Kampung Kuranji, Kampung Tarangkapas, Kampung Rasak Laut, Kampung Garuda, Kampung Longob, Kampung Masolog, Kampung Rasak Darat dan kawasan sekitarnya.

Di Kudat pula membabitkan Kampung Andab Jawa, Kampung Korina, Kampung Naradang dan kawasan sekitar.

Bagi Pitas, kawasan berisiko ialah Kampung Pitas, Kampung Kusilad, Kampung Sinsilog, Kampung Kelumpang, Kampung Kalipuon, Kampung Komiri, Kampung Andab, Kampung Barasan, Kampung Tambilidon, Kampung Sinasak, Kampung Rukom Laut, Kampung Kanibongan, Kampung Indah, Kampung Boribi dan kawasan sekitarnya.

Di Sandakan, kawasan berisiko banjir kilat adalah Kampung Gum Gum Batu 16 dan sekitarnya, manakala di Paitan melibatkan Kampung Sungai-Sungai dan sekitarnya.

Notis itu dikeluarkan pada jam 3.15 petang untuk membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko berwaspada dengan sebarang kemungkinan banjir kilat bagi tempoh berkenaan.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut.

Bernama-

Tags: banjir kilatJPSSabah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan khas secara tetap bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 untuk mengisi...

Konsert Israel Houghton Wajar Dibenarkan, Hormati Hak Kebebasan – Shafie Apdal

Konsert Israel Houghton Wajar Dibenarkan, Hormati Hak Kebebasan – Shafie Apdal

03/10/2026
0

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berpendirian konsert yang dicadangkan oleh artis Kristian dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd