Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Pikachu, Upin & Ipin...

PUTRAJAYA - Kemunculan tiga watak animasi Pikachu, Upin dan Ipin hari ini memeriahkan...

Lelaki Cerita Detik Kecurangan...

LOS ANGELES – Seorang lelaki yang kecewa selepas mengetahui isterinya berlaku curang kepadanya,...

Kucing Buta Dan Pekak,...

SETIAP ciptaan Allah S.W.T ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Haiwan juga tergolong daripada...

Sidang DUN: Projek LRT...

GEORGETOWN - Projek transit aliran ringan (LRT) Bayan Lepas kini dalam peringkat untuk...

Lantikan Pengerusi GLC Tidak Perlu Tergesa-Gesa – Ahmad Maslan

PONTIAN – Pelantikan jawatan pengerusi badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu dilakukan secara teliti dan tidak tergesa-gesa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, setakat ini, GLC tidak terganggu memandangkan operasi dan pentadbiran masih lagi dijalankan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) masing-masing.

“Urusan pelantikan pengerusi ini tidak jejaskan operasi GLC yang merupakan syarikat menteri kewangan diperbadankan. Ini kerana CEO dan kakitangan GLC masih bekerja dan tidak meletakkan jawatan.

“Peletakan jawatan ini hanya melibatkan mereka yang berlatar belakangkan politik sama ada pengarah atau pengerusi GLC sahaja.

“Sewaktu Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan, wakil daripada Pas dan Bersatu turut dipilih untuk mengisi jawatan pengarah dan pengerusi, termasuk anak-anak syarikat menteri kewangan diperbadankan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Wakil Rakyat di Taman Sri Api-api pada Isnin.

Menurut Ahmad, pelantikan pengerusi GLC perlu dibuat dalam tempoh munasabah dan tidak terlalu lama.


“Pada pandangan saya, tempoh sebulan atau dua bulan sesuai bagi pelantikan pengerusi GLC yang baharu. Saya rasakan itu satu tempoh masa yang munasabah.

“Bagaimanapun terpulang kepada kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung lantikan pengerusi GLC ini,” jelas beliau.

Pada 15 Disember lalu Jemaah Menteri telah memutuskan pengerusi dan ahli lembaga pengarah lantikan politik ditamatkan perkhidmatan dengan serta-merta.

Penamatan itu membabitkan jawatan bagi badan berkanun persekutuan, syarikat menteri kewangan (diperbadankan), syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

Pengumuman kesemua jawatan untuk pengerusi badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan ditentukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seterusnya pada Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengumuman kesemua jawatan untuk pengerusi GLC akan ditentukan oleh Perdana Menteri.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori