• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korea Selatan Melepaskan Tembakan Amaran Selepas Pencerobohan Dron Korea Utara

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Korea Selatan Melepaskan Tembakan Amaran Selepas Pencerobohan Dron Korea Utara
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL: Korea Selatan menuduh Korea Utara menerbangkan ‘beberapa’ dron merentasi sempadan negara hari ini, sekali gus mendorong tentera Seoul mengerahkan pesawat pejuang dan melepaskan tembakan amaran untuk menghalangnya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Tentera kami mula-mula mengesan kenderaan udara tanpa pemandu Korea Utara di sekitar ruang udara Gimpo pada 10:25 pagi.

“Beberapa kenderaan udara tanpa pemandu Korea Utara menceroboh ruang udara kami,” kata Ketua Turus Bersama (JCS) dalam satu kenyataan yang menyatakan, ia adalah di sempadan Gyeonggi.

Pencerobohan itu mendorong Seoul melepaskan tembakan amaran dan turut mengerahkan jet pejuang dan helikopter menyerang.

Agensi berita Yonhap berkata, salah satu pesawat perang, sebuah pesawat serangan ringan KA-1 kemudiannya terhempas di Daerah Hoengseong.

Menurut Yonhap, yang memetik seorang pegawai dari kementerian pengangkutan Korea Selatan, penerbangan di lapangan terbang antarabangsa Gimpo dan Incheon berhampiran ibu negara digantung sementara selama kira-kira sejam atas permintaan JCS.

Pencerobohan dron Korea Utara di ruang udara Korea Selatan, adalah kali pertama dalam tempoh lima tahun dan berlaku ketika Pyongyang meningkatkan ketegangan dengan ujian senjata yang tidak pernah berlaku sebelum ini tahun ini.

BHonline-

Tags: cerobohdronKorea SelatanKorea Utara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kumpulan Penggodam Dakwa Ceroboh Sistem Papan Iklan Digital Di Malaysia, Beberapa Negara Lain

Kumpulan Penggodam Dakwa Ceroboh Sistem Papan Iklan Digital Di Malaysia, Beberapa Negara Lain

31/10/2026
0

MESIR - Kumpulan penggodam yang mendakwa bertanggungjawab menayangkan video lucah pada papan iklan digital di Mesir mendedahkan bahawa mereka turut...

JDT Raih Kemenangan Pertama ACL Elite 2026/27, Benam Pohang Steelers 2-0 Di Korea Selatan

JDT Raih Kemenangan Pertama ACL Elite 2026/27, Benam Pohang Steelers 2-0 Di Korea Selatan

13/10/2026
0

KOREA SELATAN - Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih kemenangan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACL Elite) 2026/27 selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd