• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Tutup Sementara Semua Lokasi Pelancongan Berisiko

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kelantan Tutup Sementara Semua Lokasi Pelancongan Berisiko
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Bharu : Semua lokasi pelancongan di Kelantan yang berisiko tinggi terhadap gejala cerun runtuh dan kepala air ditutup sementara waktu, bermula hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Dr Izani Husin berkata, tindakan diambil susulan tragedi yang berlaku di Batang Kali.

“Semua lokasi terutama di Jeli dan Kuala Krai ditutup mulai hari ini sehingga diberitahu kelak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Yang Dipertua Majlis Daerah Dabong, Mohd Hariff Ghazali mengeluarkan notis memaklumkan beberapa lokasi di Dabong ditutup serta merta, hari ini.

Katanya, antara lokasi yang ditutup termasuk Kompleks Gua lkan, Lata Kertas, Sungai Kenerong, Pipe Resort Jelawang dan View Point Jelawang.

Menurutnya, notis penutupan selepas arahan Jabatan Kerajaan Tempatan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Semalam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengarahkan semua tapak perkhemahan berhampiran sungai dan lokasi berisiko tinggi di seluruh negara tutup selama tujuh hari, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau dilapor berkata, arahan sudah dikeluarkan kepada 155 PBT yang turut berlandas ramalan hujan lebat berterusan selama lima hari ekoran Monsun Timur Laut (MTL) dijangka hari ini.

-Harian Metro

Tags: KelantanLokasi Pelancongan Berisiko
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk...

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali mendakwa terdapat lambakan pelarian Rohingya di Kelantan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd