Sample Page Title

Kajang : Jurukimpal didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas di kawasan parkir sebuah pasar raya, di sini, minggu lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Chin Ngit Soon, 51, selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Kantonis di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md Sain.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Wong Kim Miew, 71.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan parkir sebuah pasar raya di Bandar Tun Hussein Onn, Batu 9, Cheras, di sini, 11.50 malam pada 25 November lalu.

Justeru, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Husna Amran, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh dan menetapkan 13 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Harian Metro sebelum ini melaporkan lelaki maut ditikam selepas didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang di kawasan parkir sebuah pasar raya di Bandar Tun Hussein Onn, di sini.

Susulan kejadian itu, polis menahan suami isteri berusia 51 dan 45 tahun di sekitar Hospital Serdang dan ibu negara untuk membantu siasatan.

-Harian Metro

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun Ke-50 Dengan Kempen Memberi Ganjaran Kepada Pembeli

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) menandakan...

Akaun Bank Dibekukan, BERSATU Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM

Kuala Lumpur : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi kerjasama dalam siasatan mengenai...

TMJ Harap Lebih Banyak Stadium Canggih Dibina

PETALING JAYA : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar...

PH-BN Didakwa Peralat SPRM, Bunuh Kredibiliti BERSATU, PN

KUALA LUMPUR : BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menjadikan...

74 Ahli Parlimen PN Adakan Permukiman Selama Dua Hari

SHAH ALAM - Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama...

Pasangan Iran Menari Tepi Jalan Dipenjara 10 Tahun

TEHERAN – Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara...

Harga Petrol, Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi...