• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ismail Sabri Dijangka Tak Rebut Jawatan Presiden UMNO

oleh AK-47
30/12/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Ismail Sabri Dijangka Tak Rebut Jawatan Presiden UMNO
Share on FacebookShare on Twitter

Keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini mengubah percaturan dalaman Umno apabila beberapa nama dikatakan bakal mencabar Ahmad Zahid Hamidi bagi jawatan presiden Umno pada pemilihan nanti dikatakan membatalkan hasrat tersebut.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pada mulanya, bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob, bekas menteri pertahanan Hishammudin Hussein dan bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin disebut-sebut akan mencabar Zahid bagi jawatan nombor satu Umno.

Menurut sumber yang rapat dengan Ismail yang juga anggota parlimen Bera, naib presiden Umno itu dijangka melupakan hasrat untuk mencabar Zahid, berdasarkan perkembangan terkini.

“Senario politik telah berubah. Ismail saya kira hampir pasti tidak akan meneruskan hasrat untuk bertanding jawatan itu, apatah lagi beliau kini bukan lagi perdana menteri.

“Selepas prestasi teruk PRU-15, pemimpin Umno ingin memberi lebih fokus kepada usaha menyatukan Umno.

“Apatah lagi Zahid kini merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Umno, BN berada dalam kedudukan yang baik dalam kerajaan meskipun bersama Pakatan Harapan (PH).

“Malah, beberapa pemimpin Umno bahagian yang sebelum ini tidak bersama Zahid, kini telah kembali bersama beliau dan tiada lagi desakan supaya berundur,” katanya kepada Malaysiakini.

Sebelum ini beberapa pemimpin Umno termasuk Ketua Umno Batu, Yahaya Mat Ghani, Ketua Umno Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman dan bekas ketua Umno Ketereh, Annuar Musa mendesak supaya Zahid berundur.

Desakan itu dibuat selepas BN yang dipimpin Zahid hanya berjaya memenangi 30 kerusi dalam PRU-15 lalu, terburuk dalam sejarah parti itu.

Semalam, Malaysiakini melaporkan Zahid memberi bayangan pemilihan Umno mungkin akan dipercepat, iaitu lebih awal daripada Mei tahun depan.

Umno perlu melakukan pemilihan paling lewat Mei 2023, bagi memenuhi syarat tempoh enam bulan selepas PRU15.

Zahid berkata dia menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan bila masa yang sesuai bagi pemilihan parti diadakan.

‘KJ mungkin buat kejutan’

Sementara itu, seorang anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang enggan namanya didedahkan turut berpendapat bahawa Ismail Sabri dan Hishammuddin tidak akan mencabar Zahid bagi merebut jawatan presiden.

Bagaimanapun katanya, Khairy mungkin melakukan kejutan dan tidak mustahil akan mencabar Zahid bagi jawatan itu.

“Ismail dengan Hishammuddin saya rasa tidak akan mencabar Zahid bagi jawatan presiden kerana senario politik telah berubah dan tidak ada sebab lagi untuk berbuat demikian.

“Namun, tidak mustahil Khairy akan membuat kejutan untuk merebut jawatan itu, Khairy agak kecewa dengan keputusan PRU-15 lalu dan beliau juga tidak diberikan kerusi selamat,” katanya.

Khairy ketika kempen PRU-15 di Sungai Buloh Nov lalu secara terbuka menyatakan hasrat untuk menjadi presiden Umno di masa hadapan.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklum balas Ismail Sabri dan Khairy berkaitan dakwaan itu.

-Malaysia Kini

Tags: Ismail SabriJawatan Presiden UMNOUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS, UMNO Perlu Bertaut Kembali – Khairuddin

PAS, UMNO Perlu Bertaut Kembali – Khairuddin

09/06/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO perlu mencari formula terbaik untuk kembali bertaut demi memastikan masa depan Melayu dan Islam...

Kerjasama UMNO-PAS Mampu Kuasai Lebih 100 Kerusi Parlimen?

Kerjasama UMNO-PAS Mampu Kuasai Lebih 100 Kerusi Parlimen?

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah yang juga ahli PAS, Sabri Mamat menyuarakan harapan Muafakat Nasional (MN) 2.0 antara PAS dan UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd