Sample Page Title

TEHRAN: Iran memansuhkan pasukan polis moral selepas lebih dua bulan bergelut dengan gelombang tunjuk perasaan meluas susulan kes kematian Mahsa Amini pada 16 September lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tunjuk perasaan disifatkan sebagai ‘rusuhan’ oleh pihak berkuasa itu tercetus apabila Amini, 22, meninggal dunia ketika dalam tahanan polis moral kerana didakwa melanggar kod berpakaian ditetapkan bagi golongan wanita di Iran.

“Polis moral tiada kaitan dengan badan kehakiman dan sudah dimansuhkan,” kata Peguam Negara, Mohammad Jafar Montazeri, menurut laporan agensi berita ISNA, hari ini.

Beliau dilaporkan berkata demikian pada satu persidangan agama, ketika menjawab soalan seorang peserta mengenai sebab polis moral dimansuhkan.

Pasukan polis moral atau nama rasmi, Gasht-e Ershad, ditubuhkan ketika pentadbiran bekas Presiden, Mahmoud Ahmadinejad, dan mula melakukan rondaan pada 2006.

Penubuhan unit itu bertujuan ‘menyebarluaskan budaya sopan dan hijab’, dengan golongan wanita diwajibkan memakai tudung.

Pengumuman mengenai pemansuhan pasukan itu menyusul sehari selepas Montazeri dipetik berkata, ‘kedua-dua pihak Parlimen dan badan kehakiman sedang menangani (isu berkenaan)’ mengenai sama ada undang-undang mewajibkan wanita memakai tudung di Iran, perlu diubah.


Pemakaian hijab diwajibkan, empat tahun selepas revolusi pada 1979 yang menggulingkan monarki disokong Amerika Syarikat (AS) dan menubuhkan Republik Islam Iran.

Namun, cara berpakaian wanita di Iran beransur-ansur berubah, terutama ketika pentadbiran bekas Presiden, Hassan Rouhani, dengan golongan itu kian biasa dilihat memakai jean ketat bersama tudung longgar dan berwarna-warni.

Bagaimanapun pada Julai lalu, Presiden Ebrahim Raisi yang menggantikan Rouhani, mengarahkan semua institusi negara untuk menguatkuasakan undang-undang pemakaian tudung.

Ketika itu, Raisi dilaporkan mendakwa bahawa ‘musuh Iran dan Islam telah menyasarkan nilai agama serta kebudayaan dalam masyarakat, dengan menyebarkan rasuah.’

Begitupun, ramai wanita dilihat masih terus melanggar peraturan itu dengan membiarkan tudung mereka meleret jatuh ke bahu ataupun memakai seluar ketat, terutama di bandar besar.

BHonline-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun Ke-50 Dengan Kempen Memberi Ganjaran Kepada Pembeli

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) menandakan...

Akaun Bank Dibekukan, BERSATU Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM

Kuala Lumpur : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi kerjasama dalam siasatan mengenai...

TMJ Harap Lebih Banyak Stadium Canggih Dibina

PETALING JAYA : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar...

PH-BN Didakwa Peralat SPRM, Bunuh Kredibiliti BERSATU, PN

KUALA LUMPUR : BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menjadikan...

74 Ahli Parlimen PN Adakan Permukiman Selama Dua Hari

SHAH ALAM - Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama...

Pasangan Iran Menari Tepi Jalan Dipenjara 10 Tahun

TEHERAN – Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara...

Harga Petrol, Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi...