• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iran Hukum Mati Penunjuk Perasaan Cederakan Pengawal Keselamatan Dengan Pisau

oleh Mohd Arshad
08/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Iran Hukum Mati Penunjuk Perasaan Cederakan Pengawal Keselamatan Dengan Pisau
Share on FacebookShare on Twitter

DUBAI: Iran hari ini melaksanakan hukuman mati ke atas seorang penunjuk perasaan yang disabitkan bersalah kerana mencederakan seorang pengawal keselamatan dengan pisau dan menutup jalan di ibu negaranya, Tehran, lapor agensi berita Tasnim.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ia sebahagian daripada tindakan untuk mengekang pergolakan di seluruh negara.

Protes di seluruh negara tercetus selepas kematian wanita Kurdish, Mahsa Amini, 22, pada 16 September lalu dan ia salah satu cabaran terbesar kepada Republik Islam itu sejak penubuhannya pada 1979.

Agensi berita Tasnim mengenal pasti individu yang dijatuhi hukuman mati itu sebagai Mohsen Shekari tetapi tidak mendedahkan butiran lanjut.

Pihak berkuasa telah mengambil tindakan keras susulan protes itu dan pada Isnin, Pengawal Revolusi memuji badan kehakiman kerana pendirian tegasnya dan menggalakkan supaya penghakiman dikeluarkan segera terhadap defendan yang dituduh melakukan ‘jenayah terhadap keselamatan negara dan Islam’.

Selasa lalu, jurucakap badan kehakiman, Masoud Setayeshi mengumumkan lima orang yang didakwa dalam pembunuhan seorang anggota militia, Basij Rouhollah Ajamian, telah dijatuhi hukuman mati.

Bagaimanapun, mereka masih boleh mengemukakan rayuan berhubung hukuman itu.

Amnesty International berkata, pihak berkuasa Iran menuntut hukuman mati sekurang-kurangnya ke atas 21 orang dalam apa yang dipanggil ‘perbicaraan palsu yang direka untuk menakut-nakutkan mereka yang mengambil bahagian dalam pemberontakan popular yang telah menggegarkan Iran’.

“Pihak berkuasa Iran mesti segera membatalkan semua hukuman mati, mengelak daripada memohon hukuman mati dan menggugurkan semua pertuduhan terhadap mereka yang ditahan berkaitan penyertaan aman mereka dalam protes,” katanya.

Iran menyalahkan musuh asingnya termasuk Amerika Syarikat susulan pergolakan itu.

BHonline-

Tags: Hukum MatiIranpenunjuk perasaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ketegangan di Asia Barat terus memuncak apabila Iran dilaporkan mengambil langkah tegas mempertahankan kedaulatan negaranya...

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

02/05/2026
0

Oleh Mynewshub WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump dilaporkan secara rasmi memaklumkan kepada Kongres bahawa konflik ketenteraan antara Amerika Syarikat dan Iran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd