• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Mahu Dangdut Jadi Warisan Budaya

oleh Mohd Arshad
08/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Indonesia Mahu Dangdut Jadi Warisan Budaya
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA : Kementerian Pariwisata Ekonomi dan Kreatif Indonesia sedang berusaha menjadikan dangdut sebagai Warisan Budaya Takbenda (peninggalan) daripada Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Sandiaga Uno, berkata dangdut sudah menjadi identiti budaya Indonesia dan tidak mahu negara lain mengiktiraf irama itu sebagai milik mereka.

“Muzik dangdut menjadi kebanggaan bangsa dan identiti budaya. Kami ingin segera mencadangkan irama dangdut tercatat (warisan budaya) supaya ini tidak dituntut negara lain,” katanya, lapor detik.com yang dipetik CNN Indonesia.

Sandiaga berkata, pihaknya sedang menyiapkan dokumentasi dan bekerjasama dengan kementerian dan lembaga lain bagi memohon dangdut menjadi warisan budaya.

Sandiaga menambah, ramai rakyat Indonesia bergantung hidup kepada sektor dangdut.

Sehubungan iu, situasi itu menjadi pendorong kepada kementerian untuk mengusahakan dangdut sebagai warisan budaya Indonesia.

Perkara itu dibangkitkan pada pertemuan dengan bintang dangdut legenda Indonesia , Rhoma Irama di Soneta Record, Sukma Jaya, Depok.

“Kami mendapat maklumat daripada Rhoma Irama bahawa puluhan juta orang Indonesia bergantung hidup mereka kepada sektor muzik khususnya genre dangdut,” katanya.

Pada 2010, UNESCO dilaporkan mengiktiraf beberapa alat muzik tradisional Indonesia sebagai warisan budaya seperti angklung.

Selain angklung, gamelan ditetapkan sebagai Warisan Budaya Takbenda (Intangible Cultural Heritage) UNESCO.

Khabar itu diumumkan Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi menerusi akaun media sosial pada Disember, tahun lalu.

“Khabar baik ini hari ini datang dari pejabat pusat UNESCO di Paris. PBB menetapkan gamelan sebagai Warisan Budaya Takbenda UNESCO,” katanya.

Jokowi berkata, gamelan sudah lama menjadi sebahagian daripada kehidupan harian rakyat berbagai daerah di Indonesia.

Gamelan juga memberi inspirasi dan pengaruh terhadap muzik dunia.

Secara keseluruhan, gamelan menjadi budaya Indonesia ke-12 yang diisytiharkan sebagai Warisan Budaya Takbenda Indonesia UNESCO, lapor agensi.

Selain gamelan, turut diisytihar Warisan Budaya Takbenda Indonesia adalah wayang, keris, batik, pendidikan, batik dan angklung.

Budaya lain adalah tari saman, noken, tiga genre tari tradisional di Bali, seni pembuatan kapal pinisi iaitu sejenis perahu tradisional, tradisi pencak silat, dan pantun.

BHonline-

Tags: IndonesiaUNESCOwarisan budaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tujuh Jam Yang Mendebarkan Untuk Seorang Remaja Di Indonesia

Tujuh Jam Yang Mendebarkan Untuk Seorang Remaja Di Indonesia

03/12/2025
0

INDONESIA – Dalam insiden yang mengundang tangisan berjuta penonton di media sosial, seorang remaja lelaki melalui detik paling mencemaskan dalam...

Rempuh Tembok Plaza Tol LDP, Pemandu Lori Sampah Lelaki Warga Indonesia Diburu Polis

Rempuh Tembok Plaza Tol LDP, Pemandu Lori Sampah Lelaki Warga Indonesia Diburu Polis

11/10/2025
0

Subang Jaya: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai pemandu lori sampah yang terbabas sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd