Friday, June 21, 2024

Creating liberating content

Bekas Pengurus Besar Kanan...

SHAH ALAM - Seorang bekas pengurus besar kanan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB)...

Trump Puji Najib Berjaya...

MANILA - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memuji Perdana Menteri, Datuk Seri...

Jemaah Umrah Diserang Strok...

PUTRAJAYA - Salmah Mohd Yusof, 67, yang diserang strok ringan ketika mengerjakan umrah...

Hari Pertabalan Agong Juga...

KUALA LUMPUR - Cuti umum sempena Hari Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Selasa...

Harga Runcit Petrol RON97 RM3.55, Turun 20 Sen

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 20 sen kepada paras RM3.55 seliter berbanding RM3.75 seliter bagi tempoh bermula esok sehingga 21 Disember ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada harga RM2.05 seliter serta RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
Menurut kementerian itu, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.

Sungguhpun begitu, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi harga paras siling yang ditetapkan.


Harga runcit mengikut formula APM bagi RON95 dan diesel meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang ditetapkan.

“Kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori