• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Pelajar Sekolah Terlibat Pergaduhan Ditahan

oleh Mohd Arshad
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Empat Pelajar Sekolah Terlibat Pergaduhan Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Empat pelajar sekolah ditahan dipercayai terlibat dalam kejadian pergaduhan di sekitar Kajang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kesemua suspek berusia 15 hingga 16 tahun itu ditahan kira-kira 8.50 malam oleh sepasukan polis daripada Cawangan D7, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Daerah Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya semalam menerima laporan polis daripada seorang pelajar berusia 16 tahun yang menyatakan dia serta rakannya telah dipukul sekumpulan pelajar kira-kira pukul 12.30 tengah hari, hari sama.

Katanya, punca kejadian disebabkan rentetan daripada selisih faham di dalam sekolah bermula Rabu lalu apabila pengadu telah berselisih faham dengan rakan suspek yang didakwa telah mencampakkan duit ketika hendak membeli minuman di kantin semasa waktu rehat.

“Perselisihan faham itu berlarutan apabila kedua-dua pihak telah bertumbuk akibat tidak berpuas hati.

“Suspek juga bertindak meminta bantuan dari rakan-rakan sekolah lain untuk membalas dendam terhadap pengadu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Zaid berkata, semakan mendapati video yang dikesan telah tular adalah kejadian pergaduhan pada Khamis dan Jumaat di dua tempat berlainan berhampiran dengan sekolah tersebut.

Ujarnya, pemeriksaan ke atas pengadu dan mangsa mendapati kedua-duanya mengalami kecederaan ringan di bahagian muka dan badan.

“Kesemua tangkapan merupakan remaja bawah umur yang bersekolah di sekolah yang sama dengan pengadu.

“Mereka akan dipohon reman di Mahkamah Bandar Baru Bangi hari ini,” ujarnya.

Tambahnya, pihak polis juga masih mengesan beberapa individu yang disyaki terlibat dalam kes ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dimana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat, Inspektor K. Suresh di talian 017-4333795 bagi membantu siasatan,” katanya.

-Utusan Online

Tags: pelajar sekolahpergaduhanTahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Langgar Pelajar Sekolah: Pegawai Polis Terlepas Hukuman Mati, Ganti Penjara 90 Bulan

Kes Langgar Pelajar Sekolah: Pegawai Polis Terlepas Hukuman Mati, Ganti Penjara 90 Bulan

28/10/2026
0

IPOH - Pegawai kanan polis, Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak terlepas hukuman mati selepas pertuduhan membunuh seorang pelajar Tingkatan...

Nyawa Pelajar Sekolah Bukan Bahan Eksperimen Dasar – Akmal Saleh

Nyawa Pelajar Sekolah Bukan Bahan Eksperimen Dasar – Akmal Saleh

04/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiap kejadian keganasan membabitkan pelajar tidak boleh lagi dianggap sebagai kes terpencil sebelum disusuli kenyataan simpati dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd