• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUN Terengganu Dibubar Sebelum Habis Tempoh

oleh AK-47
06/12/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
DUN Terengganu Dibubar Sebelum Habis Tempoh
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Terengganu : Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu akan dilakukan sebelum tempoh penggal berakhir bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar masih berteka-teki mengenai tarikh berkenaan dan memaklumkan ia akan dimaklumkan apabila tiba masanya.

“PRN itu akan dijalankan bila DUN bubar (dan) bila sampai waktu dan ketikanya, saya akan maklumkan.

“Sama ada ia akan dilakukan sebelum atau selepas raya… belum tahu lagi bila bubar tetapi sebelum berakhir tempoh, InsyaAllah kita bubarlah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Negeri Terengganu di sini, hari ini.

Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS berkata, pihaknya akan mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan pihak lain berkaitan PRN sebelum memuktamadkannya.

“Kita terima itu sebagai satu cadangan termasuk cadangan-cadangan lain daripada orang lain untuk kita pertimbangkan mana yang paling sesuai,” katanya.

Ketika ditanya mengenai cadangan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari supaya PRN di Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu, Kelantan dan Selangor diadakan serentak tahun depan, Ahmad Samsuri berkata, perbincangan tidak rasmi sudah dilaksanakan dan pihaknya akan mencari ruang dalam waktu yang sama bagi melakukan pembubaran itu.

“Saya rasa biar objektifnya sama iaitu kita akan cuba cari ruang supaya waktu yang sama pembubaran itu,” katanya.

-Harian Metro

Tags: bubarDUN Terengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan Salah UMNO DUN Negeri Sembilan Bubar – Mustapha Nagoor

Bukan Salah UMNO DUN Negeri Sembilan Bubar – Mustapha Nagoor

08/06/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mustapha Nagoor menyenaraikan tujuh fakta UMNO tidak boleh dipersalahkan susulan pembubaran...

DUN Johor Dibubar Berkuat Kuasa Hari Ini, PRN Johor Bakal Berlangsung

DUN Johor Dibubar Berkuat Kuasa Hari Ini, PRN Johor Bakal Berlangsung

01/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk.Onn Hafiz Ghazi mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-15 dibubarkan berkuat kuasa hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd