• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuepacs Mohon PM Kekal Insentif Diumum Kerajaan Terdahulu

oleh AK-47
08/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Cuepacs Mohon PM Kekal Insentif Diumum Kerajaan Terdahulu
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diharap dapat mengekalkan insentif kepada penjawat awam seperti yang diumumkan kerajaan sebelum ini ketika Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-18 pada 30 Ogos dan pembentangan Bajet 2023, 7 Oktober lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat berkata, perkara tersebut seperti kenaikan gaji tahunan (KGT) sebanyak RM100 dan gantian cuti rehat daripada 160 ke 180 hari.

Menurut beliau, turut termasuk tambahan kadar cuti rehat khas selama lima hari kepada pegawai perkhidmatan pendidikan yang berkhidmat lebih 10 tahun.

“Cuti tanpa rekod (urusan kematian) juga diminta diperluas kepada adik-beradik, nenek dan datuk. Tambah baik kadar tetap tiga peratus semasa bagi pegawai yang mencapai gaji maksimum kepada satu kadar baharu.

“Selain itu, bantuan khas kewangan sebanyak RM700 dan RM350 untuk pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa MAPPA ke-18 di Putrajaya mengumumkan insentif berkenaan dengan bertujuan mengurangkan kos sara hidup yang agak tinggi dalam kalangan penjawat awam ketika ini.

Sementara itu, Adnan juga mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan sistem saraan baharu untuk perkhidmatan awam melalui Bajet 2023 dengan penetapan gaji minimum bermula RM1,800 sebulan.

Jelasnya, kerajaan dilihat tidak relevan kerana masih menggunakan sistem saraan yang telah berusia lebih 20 tahun.

“Sistem saraan baharu ini harus segar dan sesuai dengan persekitaran ekonomi semasa negara dengan penetapan gaji minimum sebanyak RM1,800 sebulan.

“Langkah ini sesuai dengan sasaran kerajaan melalui Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2025,” tambah beliau.

Adnan pada masa yang sama berharap supaya kerajaan dapat memberikan bonus kepada penjawat awam kerana sudah sekian lama mereka tidak merasainya.

Ujar beliau, kali terakhir penjawat awam menikmati bonus adalah pada 2012 iaitu satu setengah bulan gaji atau minimum RM1,500 dan selepas itu hanya bantuan khas kewangan yang diberikan.

“Cuepacs juga mencadangkan pemberian dua KGT khas untuk semua penjawat awam dapat dilakukan oleh kerajaan. Ini berikutan peningkatan harga barangan yang amat mencengkam penjawat awam pada masa sekarang.

“KGT khas RM100 tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup dengan belian barangan asas dianggarkan meningkat kepada RM115 berdasarkan kajian daripada Jabatan Perangkaan,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: CuepacsInsentifpm
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insentif RM3.5 Juta Sokong Pensijilan MSPO Peniaga Sawit – Noraini

Insentif RM3.5 Juta Sokong Pensijilan MSPO Peniaga Sawit – Noraini

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad memaklumkan kerajaan memperkenalkan insentif berjumlah RM3.5 juta bagi...

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat sekurang-kurangnya 10 panggilan telefon kepada pemimpin negara asing sejak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd