Sample Page Title

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,866 kes berbanding kelmarin, 2,421 kes sekali gus diatasi 2,814 kes sembuh.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 34,166 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 4,998,830 kes.

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 634 kes diikuti Kuala Lumpur (186), Sarawak (176), Melaka (129), Sabah (126) dan Pulau Pinang (103).

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Perak (94), Kedah (80), Negeri Sembilan (74), Putrajaya (63), Pahang (61), Kelantan (48), Johor (33), Terengganu (23), Labuan (23) dan Perlis (13).

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 445 orang berbanding kelmarin, 511 orang, 102 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 69 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan enam kes berbanding jumlah kelmarin, sembilan kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,710 kes, manakala satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,814 kes.

UtusanOnline-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun Ke-50 Dengan Kempen Memberi Ganjaran Kepada Pembeli

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) menandakan...

Akaun Bank Dibekukan, BERSATU Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM

Kuala Lumpur : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi kerjasama dalam siasatan mengenai...

TMJ Harap Lebih Banyak Stadium Canggih Dibina

PETALING JAYA : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar...

PH-BN Didakwa Peralat SPRM, Bunuh Kredibiliti BERSATU, PN

KUALA LUMPUR : BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menjadikan...

74 Ahli Parlimen PN Adakan Permukiman Selama Dua Hari

SHAH ALAM - Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama...

Pasangan Iran Menari Tepi Jalan Dipenjara 10 Tahun

TEHERAN – Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara...

Harga Petrol, Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi...