• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bung Kesal, Dakwa Kabinet Baru ‘Pinggirkan’ Sabah

oleh AK-47
03/12/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Bung Kesal, Dakwa Kabinet Baru ‘Pinggirkan’ Sabah
Share on FacebookShare on Twitter

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar Radin kesal dengan barisan kabinet baru Perdana Menteri Anwar Ibrahim – yang menyaksikan tiada ahli parlimen BN Sabah dilantik sebagai menteri penuh untuk mewakili negeri itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bung mendakwa keputusan Anwar meminggirkan BN Sabah – yang mempunyai tujuh ahli parlimen, selain menjadi penyokong terawal pelantikannya sebagai perdana menteri ke-10.

“Pembentukan kabinet baru kerajaan perpaduan persekutuan ini nampaknya menyaksikan Sabah dipinggirkan dalam pelantikan portfolio, khususnya wakil daripada BN Sabah yang memberikan komiten awal bersama BN pusat untuk menyokong PH menjadi kerajaan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri.

“Tiada seorangpun wakil dari BN Sabah dalam kabinet baru ini. Berbanding Sarawak, mereka ada lima menteri.

“Jumlah itu juga dilihat tidak seimbang berbanding negeri jiran, Sarawak yang mendapat lima portfolio termasuk jawatan timbalan perdana menteri kedua,” kata Bung pada kenyataan media hari ini.

Bung berharap agar keputusan Anwar itu tidak bermaksud kerajaan akan meminggirkan Sabah dalam pembangunannya terutama berkaitan pelaksanaan projek infrastruktur di negeri Malaysia Timur itu.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu juga mengingatkan kerajaan baru supaya mempercepatkan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah (PBHS) – yang tergendala semasa pentadbiran PH pada 2018.

“Kita tidak mahu Sabah sekali lagi dipinggirkan dalam aspek pembangunan terutama pelaksanaan projek infrastruktur yang penting untuk kemudahan rakyat negeri ini.

“Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah umpamanya mesti diteruskan dan dipercepatkan,” katanya.

In GE15, Sabah BN won 7 parliamentary seats in the state. Gabungan Rakyat Sabah (GRS) took six, Pakatan Harapan won five, Warisan grabbed three, independents (2), while Perikatan Nasional (PN) and Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) both clinched just one seat.

Terdahulu, pengumuman kabinet baru Kerajaan Persekutuan menyaksikan Sabah diberi dua portfolio kementerian dengan Ewon Benedick dinamakan sebagai menteri pembangunan keusahawanan dan koperasi, dan Armizan Mohd Ali sebagai menteri hal ehwal Sabah dan Sarawak di Jabatan Perdana Menteri.

Pada masa sama, Sarawak diberi lima portfolio kementerian melalui pelantikan Fadillah Yusof sebagai timbalan perdana menteri dan menteri perladangan dan komoditi, Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri, Menteri Pelancongan Tiong King Sing serta Menteri Perpaduan Negara Ago Dagang.

Pada PRU15, BN Sabah memenangi 7 kerusi parlimen di negeri itu. Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meraih enam, Pakatan Harapan menang lima, Warisan meraih tiga, bebas (2), manakala Perikatan Nasional (PN) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) kedua-duanya meraih hanya satu kerusi.

-Malaysia Kini

Tags: Bung MoktarkabinetSabah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Saifuddin, Zambry, Tengku Zafrul, Mohd Na’im Angkat Sumpah Senator

Next Post

Saya Agak KDN, Tetapi Pergi Ke ‘Food Security’ – Mat Sabu

Related Posts

Cadangan Kerja Dari Rumah, PdPR Ketika Sidang Kemuncak ASEAN Dibawa Ke Kabinet

Cadangan Kerja Dari Rumah, PdPR Ketika Sidang Kemuncak ASEAN Dibawa Ke Kabinet

17/04/2025
0

SEPANG: Cadangan kerja dari rumah dan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika Sidang Kemuncak ASEAN pada Mei dan...

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

04/02/2025
0

Kota Kinabalu : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menumpaskan aktiviti penyeludupan minuman keras dan rokok bernilai RM1.3 Juta dalam...

Next Post
Saya Agak KDN, Tetapi Pergi Ke ‘Food Security’ – Mat Sabu

Saya Agak KDN, Tetapi Pergi Ke ‘Food Security’ – Mat Sabu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd