Sample Page Title

IPOH: Selepas lapan hari dilantik sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual pulang ke Tambun esok, kerusi Parlimen dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Anwar, 75, dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta jam 10 pagi dalam sesi yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu kemudian akan menyertai sesi tinjauan mesra bersama warga Parlimen Tambun di Pasar Tanjung Rambutan bagi menzahirkan penghargaan kepada pengundi dan penyokongnya.

Perdana menteri juga akan melawat tapak Klinik Kesihatan Manjoi yang dalam proses untuk dibangunkan di Jalan Masjid di Kampung Masjid.

Selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Muhammad Al-Fateh di Taman Jati, kira-kira lima kilometer dari pusat bandar raya, Anwar akan menyertai kenduri rakyat yang diadakan di situ sebelum pulang ke Putrajaya.


Anwar menawan kerusi Parlimen Tambun pada PRU15 dengan majoriti 3,736 undi dalam saingan empat penjuru.

Beliau memperoleh 49,625 undi mengatasi penyandang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu daripada Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 45,889 undi, selain Datuk Aminuddin Md Hanafiah daripada Barisan Nasional (BN) dengan 28,140 undi dan Abdul Rahim Tahir daripada Gerakan Tanah Air (GTA) dengan 1,115 undi.

Anwar mengetuai PH yang menyaksikan gabungan PKR, DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan rakan sekutu MUDA memperoleh 82 kerusi pada PRU15.

Bernama-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun Ke-50 Dengan Kempen Memberi Ganjaran Kepada Pembeli

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) menandakan...

Akaun Bank Dibekukan, BERSATU Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM

Kuala Lumpur : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi kerjasama dalam siasatan mengenai...

TMJ Harap Lebih Banyak Stadium Canggih Dibina

PETALING JAYA : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar...

PH-BN Didakwa Peralat SPRM, Bunuh Kredibiliti BERSATU, PN

KUALA LUMPUR : BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menjadikan...

74 Ahli Parlimen PN Adakan Permukiman Selama Dua Hari

SHAH ALAM - Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama...

Pasangan Iran Menari Tepi Jalan Dipenjara 10 Tahun

TEHERAN – Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara...

Harga Petrol, Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi...