Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Terima Padah Rogol Warga...

SEREMBAN - Mahkamah Sesyen Seremban, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun...

Pas Pecat Khalid Samad,...

SHAH ALAM - Mungkin boleh dikatakan individu paling malang dalam episod kali ini...

Feri Terbakar: Penumpang Berebut...

LANGKAWI - "Kira-kira 10 minit selepas berlepas, feri berhenti di tengah laut kemudian...

Mayat Lelaki Kurang Siuman...

TEMERLOH - Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjun ke dalam Sungai...

Anwar Dapat Sokongan Majoriti Usul Percaya Sebagai PM

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas usul percaya dibentangkan di Dewan Rakyat petang ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Usul percaya itu diluluskan dengan undian suara selepas dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan disokong rakan sejawatnya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebelum dibahaskan 12 wakil rakyat dari blok kerajaan dan pembangkang.

Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) yang juga Ketua Pembangkang membuka tirai perbahasan usul berkenaan.

Ahli Parlimen lain yang turut berbahas adalah Lim Guan Eng (PH-Bagan), Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu), Ronald Kiandee (PN-Beluran), Johari Ghani (BN-Titiwangsa), Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas), Rafizi Ramli (PH-Pandan), Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor), Jeffrey Kitingan (GRS-Keningau), Shahidan Kassim (PN-Arau), Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor), dan Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan).

Usul percaya itu bertujuan membuktikan Anwar dari PH, yang mengangkat sumpah jawatan pada 24 November lalu mendapat sokongan Ahli Parlimen bagi memimpin kerajaan baharu selepas keputusan PRU15 menyaksikan tiada parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah.

Berdasarkan sokongan mengikut parti, jumlah Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan perpaduan pimpinan Anwar sekarang ialah seramai 148 orang. Ia merangkumi daripada PH 82, BN 30, GPS 23, GRS 6, Warisan 3, KDM 1, PBM 1, dan Bebas 2 kerusi.

Selebihnya iaitu 74 kerusi ialah milik PN yang juga blok pembangkang.

Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, ketika menggulung perbahasan usul itu berkata undian percaya kepada Perdana Menteri pernah dilakukan sebelum ini, ketika pentadbiran Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, masing-masing pada 1976 serta 2003.


Beliau yang bersetuju dengan blok pembangkang mengenai usul berkenaan tidak wajib dibentangkan di Dewan Rakyat bagaimanapun menjelaskan, kebiasaannya sebelum ini, ia akan dibawa dalam keadaan kesinambungan antara Perdana Menteri.

Mengetengahkan contoh Kerajaan New Zealand, Azalina berkata, Perdana Menterinya yang mewujudkan kerajaan gabungan mengemukakan usul undi percaya bagi memberikan keyakinan dalam parlimen.

“Dalam hal ini, saya ingin tegaskan ialah permohonan kerajaan yang mana Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat membenarkan (usul undi percaya terhadap Perdana Menteri) dan kerajaan membuat permohonan,” kata Ahli Parlimen Pengerang itu.

Sokongan itu secara langsung mengabsahkan kedudukan kerajaan yang mentadbir negara ketika ini, dengan sokongan diperoleh Anwar itu menggambarkan kedudukan sebuah kerajaan kukuh dan stabil.

Kedudukan kukuh itu kembali selepas kerajaan yang terbentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, PRU 2013 dan PRU 2018 tidak memperoleh sokongan kukuh sekurang-kurangnya 148 kerusi di Dewan Rakyat.

Anwar pada sidang media sulungnya sejurus mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pada 24 November lalu memaklumkan agenda pertama persidangan Dewan Rakyat adalah untuk membentangkan usul undi percaya.

Usul berkenaan untuk membuktikan keabsahan sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat terhadapnya, sekali gus memperkukuh kestabilan Kerajaan Perpaduan yang tertubuh pasca PRU15.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori