• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

43 Pemandu Disaman Tak Pakai Tali Pinggang Keledar

oleh Mohd Arshad
07/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
43 Pemandu Disaman Tak Pakai Tali Pinggang Keledar
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM: Sebanyak 43 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan yang tidak mematuhi peraturan pemakaian tali pinggang keledar semasa memandu di Seberang Jaya, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Penguatkuasaan itu dilakukan menerusi operasi Ops Tali Pinggang Keledar oleh Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) di bawah seliaan JPJ negeri.

Menurut JPJ Pulau Pinang dalam satu kenyataan hari ini, penguatkuasaan itu dibuat mengikut Kaedah 4, Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978 iaitu bagi kesalahan tidak pakai tali pinggang keledar semasa memandu.

“Kajian mendapati, tali pinggang keledar berfungsi untuk menghalang anda daripada terhentak pada papan pemuka atau cermin depan kereta, tercampak keluar daripada kenderaan, lazimnya menyebabkan kematian atau kecederaan parah dan terlanggar beg udara yang sedang terbuka dengan pantas, daya yang boleh mencederakan atau membunuh anda.

“Sebagai contoh sekiranya sesebuah kereta bergerak dengan kelajuan 50 km/j (kilometer sejam) dan melanggar objek pegun, kereta akan terhenti tetapi penumpang masih bergerak mengikut arah yang sama pada kelajuan 50 km/j. lnilah yang dinamakan ‘inersia’ sehingga sesuatu kuasa menyebabkan ia terhenti,” katanya.

Justeru, JPJ Pulau Pinang menasihatkan pemandu dan pengguna kenderaan supaya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya semasa memandu serta memakai tali pinggang keledar kerana boleh mengurangkan risiko kecederaan parah dan kehilangan nyawa.

UtusanOnline-

Tags: DisamanJPJtali pinggang keledar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd