• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 PPS Di Kelantan Tutup, Mangsa Turun Kepada 18,528 Orang

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
4 PPS Di Kelantan Tutup, Mangsa Turun Kepada 18,528 Orang
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: Empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan tutup hari ini membabitkan daerah Kota Bharu, Kuala Krai, Jeli dan Machang apabila semua mangsa dibenarkan pulang selepas kediaman mereka pulih daripada banjir.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Penutupan PPS itu menyebabkan jumlah mangsa banjir di Kelantan terus berkurangan kepada 18,528 orang daripada 6,073 keluarga setakat jam 4 petang ini berbanding 24,297 orang pagi tadi.

Semua mangsa berkenaan berada di 49 PPS di lima daerah iaitu Pasir Mas, Tanah Merah, Tumpat, Pasir Puteh dan Bachok.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Kelantan melaporkan, jumlah mangsa banjir di Pasir Mas paling ramai iaitu 12,491 orang daripada 4,198 keluarga di 23 PPS.

Mangsa banjir di Tumpat seramai 4,097 orang daripada 1,333 keluarga di 13 PPS, diikuti Pasir Puteh dengan 1,116 orang daripada 306 keluarga di enam PPS, Bachok dengan 721 orang daripada 205 keluarga di enam PPS, Tanah Merah dengan 104 orang daripada 31 keluarga di satu PPS.

BHonline-

Tags: BanjirKelantanPPS
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk...

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali mendakwa terdapat lambakan pelarian Rohingya di Kelantan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd