Sample Page Title

SHAH ALAM – Sebanyak enam pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan seramai 214 mangsa yang terjejas akibat banjir setakat Sabtu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Selangor memaklumkan, jumlah itu melibatkan sebanyak 58 keluarga yang terjejas akibat banjir di tiga daerah di Selangor sejak Selasa lalu.

“Empat PPS di daerah Sepang iaitu di, Dewan Taman Gemilang, Dengkil; Dewan Orang Ramai, Dengkil; dan Dewan Komuniti Datuk Ahmad Razali manakala Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Dengkil dalam mod bersedia.

“Masing-masing satu PPS dibuka di Dewan Orang Ramai Bukit Changgang, Kuala Langat dan Dewan Camelia Height dalam daerah Petaling,” menurut kenyataan pada Sabtu.

APM Selangor berkata, seramai 170 mangsa banjir ditempatkan di PPS dalam daerah Sepang melibatkan 46 buah keluarga di sini yang terjejas.

Sementara itu, seramai 25 mangsa banjir di tempatkan di Dewan Orang Ramai Bukit Changgang, Kuala Langat sejak Jumaat.

“Seramai 16 mangsa banjir melibatkan tiga keluarga ditempatkan di Dewan Camelia Height di Petaling sejak jam 2 pagi, Sabtu,” katanya.

-Sinar Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun Ke-50 Dengan Kempen Memberi Ganjaran Kepada Pembeli

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) menandakan...

Akaun Bank Dibekukan, BERSATU Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM

Kuala Lumpur : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi kerjasama dalam siasatan mengenai...

TMJ Harap Lebih Banyak Stadium Canggih Dibina

PETALING JAYA : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar...

PH-BN Didakwa Peralat SPRM, Bunuh Kredibiliti BERSATU, PN

KUALA LUMPUR : BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menjadikan...

74 Ahli Parlimen PN Adakan Permukiman Selama Dua Hari

SHAH ALAM - Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama...

Pasangan Iran Menari Tepi Jalan Dipenjara 10 Tahun

TEHERAN – Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara...

Harga Petrol, Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi...