• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Tentukan Siapa TPM Isi Kuota BN Dalam Kabinet Anwar

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Zahid Tentukan Siapa TPM Isi Kuota BN Dalam Kabinet Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) menyerahkan kepada Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menentukan calon Timbalan Perdana Menteri yang akan mewakili gabungan itu dalam Kabinet kerajaan perpaduan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan, berkata meskipun isu berhubung jawatan Timbalan Perdana Menteri itu ada dibincangkan pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN sebelum ini, tiada nama tertentu disebut bagi mengisi jawatan terbabit pada mesyuarat berkenaan.

“Kita ada bincang jawatan itu, namun siapa calonnya belum ditetapkan lagi…terpulang kepada pengerusi (Ahmad Zahid) kerana mandat diberikan kepada pengerusi.

“Kita hanya bincang jawatan itu, tiada siapa nama yang disebut,” katanya kepada BH, di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri akan diwujudkan bawah Kabinetnya dalam kalangan wakil komponen kerajaan perpaduan.

Beliau berkata, ia akan diisi oleh wakil masing-masing daripada BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Selepas kemelut pelantikan Perdana Menteri berlarutan selama lima hari susulan tiada gabungan parti yang memperoleh majoriti mudah pada pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Presiden PKR itu akhirnya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di Istana Negara, semalam.

Anwar akan memimpin kerajaan perpaduan yang sehingga kini dianggotai oleh BN dan GPS, namun Perdana Menteri ke-10 itu turut menjemput gabungan serta parti politik lain termasuk Perikatan Nasional (PN) untuk menyertai pentadbiran berkenaan.

-Berita Harian

Tags: Ahmad Zahid HamidiBNKabinet Anwartpm
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Makkal Sakti Malaysia mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) keluar daripada Kerajaan Madani secepat mungkin kerana kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd