• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Keluar Kenyataan Berkaitan Pemecatan Hari Ini

oleh Mohd Arshad
05/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
UMNO Keluar Kenyataan Berkaitan Pemecatan Hari Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Dua pemimpin Umno Shahidan Kassim dan Zahidi Zainul Abidin yang masing-masing bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN) dan bebas bakal berdepan tindakan pemecatan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ini termasuk pencadang dan penyokong masing-masing.

“Bagi mereka yang digugurkan dan memilih untuk bertanding di bawah parti lain, mengikut perlembagaan parti, kita berhak memecat secara automatik.

“Ini juga terpakai kepada pencadang, penyokong bagi calon. Ini adalah norma kerana kita perlu mematuhi etika dan peraturan parti,” katanya.

Dalam sidang media di kediamannya, Bagan Datuk, Perak hari ini, Zahid berkata dia telah mengarahkan setiausaha agung Umno untuk mengeluarkan kenyataan media pada hari ini.

Kenyataan itu, katanya akan menyatakan fasal tertentu dalam perlembagaan Umno bagi pemecatan itu dilakukan secara automatik.

Shahidan bertanding sebagai calon PN di Arau melawan calon BN Rozabil Abd Rahman, calon Pejuang Abdul Razak Abdul Khalek dan calon PH Fathin Amelina Fazlie.

Shahidan, 71, menjadi wakil rakyat di parlimen itu selama empat penggal sejak PRU 1986, 1990, 2013 dan 2018 dan ini kali kelima,bekas menteri besar itu akan mempertahankan kerusi berkenaan.

Sementara, Padang Besar, Zahidi akan ditentang empat calon lain termasuk Ketua Puteri Umno, Zahid Zarik Khan; Muhammad Saad @ Yahya (PH); Rusydan Rusmi (PN) dan Ko Chu Liang mewakili parti Warisan.

Ketua Umno bahagian Padang Besar itu akan turut bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi, juga atas tiket bebas.

Shahidan dan Zahidi adalah antara 10 pemimpin Umno yang digugurkan daripada mempertahankan kerusi parlimen masing-masing pada PRU kali ini.

-Malaysia Kini

Tags: PemecatanPRU-15UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd