• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuan Ibrahim Saman Rafizi

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Tuan Ibrahim Saman Rafizi
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man telah memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, writ itu difailkan pada petang Khamis melalui peguamnya, Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid.

Menurutnya, notis tuntutan telah dihantar kepada Rafizi pada 10 November lalu, susulan kenyataannya yang didakwa tidak bertanggungjawab dan memfitnah beliau.

“Saya memberikan masa tujuh hari untuk beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut.

“Namun begitu, Rafizi tidak memberikan apa-apa respons bertulis kepada peguam saya, namun mengambil tindakan terus-terusan memfitnah dengan kenyataan-kenyataan yang tidak berpaksi kepada kebenaran,” katanya.

Pada Isnin lalu, Rafizi dalam satu sidang media menuntut penjelasan daripada Timbalan Presiden Pas itu berhubung status projek tebatan banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion yang didakwa dalam proses mendapat kelulusan.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim dalam kenyataan balas pada Selasa memaklumkan, tiada kelulusan boleh diberikan terhadap mana-mana peruntukan kewangan dalam tempoh kerajaan sementara.

Jelas Tuan Ibrahim, perbuatan Rafizi didakwa bertujuan untuk memfitnah dan menghancurkan kredibilitinya menjelang pengundian pada Sabtu.

Justeru katanya, tindakan perlu diambil mengikut lunas undang-undang untuk mencari keadilan dan kebenaran demi menghentikan budaya politik fitnah.

“Saya berharap mereka yang telah difitnah Rafizi turut akan mengikut jejak saya.

“Insya-ALLAH, saman tersebut telah diterima oleh mahkamah dan peguam saya akan menyampaikan saman tersebut kepada Rafizi.

“Saya berharap beliau berani berhadapan dengan proses mahkamah mengikut lunas undang-undang dan bukan hanya berkokok melaungkan fitnah di media-media sosial dan pentas ceramah.

“Saya sahut cabaran Rafizi untuk menyaman beliau. Writ saman dan pernyataan tuntutan itu setebal 73 muka surat dan pihak mahkamah telah menerimanya,” jelasnya.

-Sinar Harian

Tags: Rafizi RamlisamanTuan Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“RM300,000 Itu Sangat Besar Bagi Diri Saya. Segala Simpanan Yang Ada Masih Belum Mencukupi” – Akmal Saleh

“RM300,000 Itu Sangat Besar Bagi Diri Saya. Segala Simpanan Yang Ada Masih Belum Mencukupi” – Akmal Saleh

21/10/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meluahkan rasa berat hati terpaksa membuka bidaan motosikal Honda X-ADV...

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd