Sample Page Title

KUALA LUMPUR : Belum ada mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menandatangani sebarang dokumen akuan bersumpah (SD) menyokong Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan ketika mengesahkan hal itu menjelaskan, pendirian itu dibuat memandangkan setakat petang ini, BN belum membuat sebarang keputusan muktamad menyokong mana-mana pihak.

“Padi tadi kita bincang dengan Pengerusi BN (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi). Dia (sokongan kepada mana-mana pihak) tak sah selagi tak dimuktamadkan diperingkat BN.

“Walaupun sebelum bertanding, kita sudah bagi SD kepada pengerusi BN, tapi itu sekadar SD saja. Kita belum boleh sahkan selagi tak diputuskan, sebab kita tanding atas BN,” katanya yang memenangi kerusi Parlimen Tapah.

Katanya, setiap parti dalam BN, UMNO, MCA, MIC serta PBRS mesti mencapai kata sepakat bersama mengenai sokongan kepada mana-mana gabungan.


Beliau juga berkata, perjumpaan dengan pemimpin PH pagi tadi adalah sesi perbincangan biasa antara BN dan PH, namun belum ada keputusan antara kedua-duanya.

Petang ini, BN dijangka memutuskan sokongannya kepada mana-mana pihak, sama ada PH atau Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan campuran.

BH juga difahamkan, beberapa pemimpin BN tertinggi juga mencadangkan supaya mereka kekal dalam blok pembangkang, namun bersedia bekerjasama dengan PH atau PN, hanya terhad kepada rundingan pemilihan calon Perdana Menteri bagi membentuk kerajaan.

-Berita Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi pengeluaran...

Bekalan Telur Masih Kurang Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Bekalan telur, khususnya gred A masih tidak mencukupi di beberapa kawasan di...

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Skim empangan hidrolektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Skim Hidroelektrik Kenyir, Skim...

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri Sehingga Jam 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan...

Banjir Kilat Di Putrajaya

PUTRAJAYA: Hujan lebat hampir satu jam petang ini menyebabkan beberapa kawasan dan laluan di...

Audit Cukai Mendidik Pembayar Cukai

Audit siasatan merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Penceramah Bebas Punyai 3 Isteri Berdepan Hukuman Jel 190 Tahun

KLANG – Seorang penceramah bebas berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di Mahkamah...