Sample Page Title

PETALING JAYA : Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam hantaran di Facebook, beliau meminta mana-mana pihak untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.

“Surat yang disebarkan seperti berikut adalah palsu dan rekaan manusia yang tidak bertanggungjawab. Mohon doakan yang terbaik untuk dalam keadaan sekarang ini,” katanya, hari ini.

Terdahulu, tular satu surat yang didakwa kenyataan media Ahmad Zahid bertarikh 23 November mendakwa berlangsung satu mesyuarat tergempar yang dihadiri pemimpin utama parti komponen BN dan pimpinan tertinggi gabungan itu.

Menurut surat itu, beberapa keputusan dicapai untuk menentukan gabungan mana yang akan disokong oleh BN, sama ada Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) pada hari ini.


Surat itu juga menyertakan peletakan Ahmad Zahid sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO.

“Saya juga dengan berat hati ingin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN dan juga Presiden UMNO atas dasar tanggungjawab di atas kekalahan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Oleh demikian, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memangku jawatan sebagai Pengerusi BN dan juga Presiden UMNO sehingga pemilihan UMNO yang akan diadakan pada Januari 2023,” tulis kenyataan itu.

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi pengeluaran...

Bekalan Telur Masih Kurang Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Bekalan telur, khususnya gred A masih tidak mencukupi di beberapa kawasan di...

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Skim empangan hidrolektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Skim Hidroelektrik Kenyir, Skim...

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri Sehingga Jam 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan...

Banjir Kilat Di Putrajaya

PUTRAJAYA: Hujan lebat hampir satu jam petang ini menyebabkan beberapa kawasan dan laluan di...

Audit Cukai Mendidik Pembayar Cukai

Audit siasatan merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Penceramah Bebas Punyai 3 Isteri Berdepan Hukuman Jel 190 Tahun

KLANG – Seorang penceramah bebas berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di Mahkamah...