• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shahidan Berdepan Tiga Penjuru Di Arau

oleh Mohd Arshad
05/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Shahidan Berdepan Tiga Penjuru Di Arau
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Parlimen Arau menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Abdul Razak Abdul Khalek tidak hadir sehingga tempoh penamaan calon tamat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Datuk Seri Shahidan Kassim yang disahkan pencalonannya mewakili Perikatan Nasional (PN) berhadapan dua pencabar, masing-masing daripada BN dan Pakatan Harapan (PH) dalam misinya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Arau.

Shahidan yang merupakan penyandang kerusi selama empat penggal atas kapasiti BN akan ditentang oleh Datuk Rozabil Abdul Rahman (BN) dan Fathin Amelina Fazlie (PH).

Senarai rasmi calon bertanding bagi kerusi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Arau, Abdul Malek Hassan di pusat penamaan calon Dewan Harumanis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Empat menyaksikan pertembungan enam penjuru dengan pencalonan lima wakil parti dan seorang calon Bebas.

Penyandang kerusi DUN Simpang Empat, Nurulhisham Yaakob dari BN akan ditentang Razali Saad (PN), Amran Darus (PH), Wan Noralhakim Shaghir Saad (Parti Warisan), Izhar Kamarudin Sudin (Pejuang) dan calon Bebas, Ammar Hassan.

Kerusi DUN Pauh, Tambun Tulang, Guar Sanji dan Sanglang pula menyaksikan pertembungan empat penjuru.

-Sinar Harian

Tags: ArauPRU-15Saingan Tiga Penjuru
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

17/09/2025
0

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak pasti pihak mana yang menerima dana...

Saingan Tiga Penjuru Di DUN Klawang

Saingan Tiga Penjuru Di DUN Klawang

29/07/2023
0

JELEBU : Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang di sini menyaksikan pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd