Tuesday, November 5, 2024

Creating liberating content

Pelabur Global ‘Lari’ Selepas...

KUALAMLUMPUR - Setahun selepas berlangsungnya pilihan raya paling bersejarah di Malaysia, euforia rakyat...

Mayat Dipercayai Salah Seorang...

GUA MUSANG - Mayat seorang budak perempuan ditemui reput dalam Sungai Perias, kira-kira...

Bekas Isteri Jimmy Shanley...

BEKAS isteri pelakon dan pengacara terkenal Jimmy Shanley, Nursuhaila Elini Suhaimi berhadapan dengan...

China Lancar Tren Laju...

BEIJING – Pemerintah China hari ini melancarkan secara rasmi operasi kereta api laju...

‘Saya Sayang Awak, Papa’ – Nurul Izzah

Kuala Lumpur : “Saya sayang awak, papa. Saya sentiasa berbangga dengan kamu walaupun (kamu) terbaring dipenjarakan sebagai tahanan,” luah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Nurul Izzah berkongsi luahannya menerusi kapsyen pada gambar dimuat naik di Instagram (IG), hari ini.

“Dalam hidup di dunia, kita tidak mampu terlepas daripada dugaan.

“Ketika kalah kita diduga, Ketika menang juga kita diduga. Yang pasti, sejak 1998 sehingga saat ini adalah kewajipan untuk kita berpegang terus kepada garis batas perjuangan, menuntut keadilan bukan untuk diri kita tetapi sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua.

“Cabaran tetap menanti dan selepas upacara angkat sumpah, usaha menyatu padukan teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu, menarik pelaburan menerusi ransangan ekonomi dan bakat tempatan, dan membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu,” tulisnya

Dalam hantaran sama, Nurul Izzah yang juga penyandang Parlimen Permatang Pauh itu berkata legasi ditinggalkan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat


mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.

“Jadikan masa depan, masa kita bersama. Khayr, Insya-Allah,” tulisnya.

Hantaran dimuat naik Nurul Izzah itu mendapat pelbagai maklum balas daripada pengikutnya dengan rata-rata turut mengucapkan tahniah atas pelantikan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan berlangsung 5 petang ini di Istana Negara.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori