Friday, April 12, 2024

Creating liberating content

Segerakan Perolehan MRSS: Yazid

LUMUT - Perolehan dua kapal sokongan pelbagai peranan (MRSS) yang dijangka diterima pada...

Pelajar Tahfiz Ditemukan Lemas...

PARIT - Mayat pelajar Maahad Tahfiz yang lemas selepas tergelincir ke dalam Sungai...

Tengku Permaisuri Selangor Kesal...

SHAH ALAM - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa kesal berhubung...

Batalkan Pengiktirafan Baitulmaqdis Ibu...

GAZA CITY - Ketua Hamas, Ismail Haniyeh menggesa presiden dipilih Joe Biden yang...

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri Sehingga Jam 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri dan dua Wilayah Persekutuan, sehingga jam 9 malam ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

METMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan, keadaan itu diramal berlaku di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di Kedah, amaran cuaca buruk membabitkan Langkawi, Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Pulau Pinang ialah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Menerusi kenyataan sama, di Perak, cuaca buruk diramalkan berlaku di Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim manakala di Pahang, ia membabitkan Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran.


“Di Johor, cuaca buruk diramalkan berlaku di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang manakala di Sarawak, ia membabitkan Sarikei, Sibu, Kanowit, Kapit, Bukit Mabong, Belaga, Miri, Subis, Beluru, Miri, Marudi dan Limbang.

“Di Sabah pula, ia diramal berlaku di pedalaman Kuala Penyu dan Beaufort serta Papar di Pantai Barat,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori