Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: Lelaki Gosok Kemaluan...

KUCHING - Seorang lelaki tidak siuman bertindak melakukan perbuatan keji dengan menunjukkan 'burungnya'...

Peniaga Mengamuk Acu Pisau...

GARA-GARA berang apabila buah-buahan jualan dirampas, dua peniaga nekad mengacukan pisau ke arah...

Penggunaan Hampas Isirung Sawit,...

KUALA LUMPUR – Kerajaan menggalakkan penggunaan hampas isirung sawit sebagai bahan mentah makanan...

Beberapa Negara Komited Kongsi...

PUTRAJAYA - Malaysia bersedia menyumbang idea dan pengalaman menjayakan sistem Perkongsian Awam-Swasta (PPP)...

Restu Ibu Iringi Mohd Nizar Najib

PEKAN : Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya Datuk Mohd Nizar Najib mendapat restu dan sokongan padu anggota keluarga yang mendoakan perjuangan pertamanya sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ibunya, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, 66 berkata, dia akan sentiasa menjadi penyokong kuat kepada Mohd Nizar berusia 44 tahun.

“Saya harap semuanya akan berjalan lancar untuk dia (Mohd Nizar), Insya-Allah. Saya juga berharap dia diberi mandat oleh penduduk di kawasan Peramu Jaya, sekali gus dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka jika dipilih pada PRU ke-15 kali ini,” katanya ditemui di sini hari ini.

Dia, isteri Mohd Nizar, Datin Nur Sharmila Shaheen bersama penyokong BN Pekan turut mengiringi calon BN itu bagi proses penamaan calon di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, di sini.

Turut sama dua lagi anak Tengku Puteri Zainah, Putri Norlisa Najib dan Datuk Nazifudin serta

Sementara itu, Mohd Nizar yang juga Ketua Pemuda UMNO Pekan berkata, sudah menjadi tradisi keluarganya untuk memohon restu daripada orang tua, sebelum melakukan sesuatu yang penting.


“Amat penting untuk dapatkan restu mereka, lagi pun ini adalah sebagai hormat kepada ibu bapa sebagaimana ajaran agama kita juga.

“Sebelum ini saya juga telah bertemu dengan daddy (Datuk Seri Najib Razak) dan dia amat gembira apabila saya dicalonkan sebagai wakil rakyat di DUN Peramu Jaya sambil mendoakan kejayaan besar berpihak kepada saya.

“Sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat saya akan berusaha membangunkan kawasan Peramu Jaya sambil mengikut corak kepimpinan digunakan daddy,” katanya.

Sebagai muka baharu, beliau akan bersama membantu memperkukuh kerajaan negeri jika diberikan peluang oleh rakyat untuk berkhidmat.

“Saya akan fokus kepada usaha membangunkan anak muda dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan kemahiran golongan itu selain membantu menarik pelaburan baharu ke kawasan Pekan,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori