• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramalan Hujan, Ribut Petir Sepanjang Hari Esok

oleh AK-47
04/11/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ramalan Hujan, Ribut Petir Sepanjang Hari Esok
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan dan ribut petir di beberapa tempat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sepanjang hari Sabtu yang merupakan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15.

Ikuti Mynewshub: Telegram

MetMalaysia dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, hujan diramalkan di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, manakala di Sabah melibatkan pedalaman, Sandakan, Kudat dan Labuan pada sebelah pagi.

Cuaca juga diramalkan hujan di satu dua tempat pada sebelah malam di Semenanjung iaitu Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor, Pantai Barat Sabah dan di Sarawak, melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong dan Kapit.

Di Semenanjung, ribut petir diramalkan pada sebelah petang di beberapa tempat di seluruh negeri manakala di Sabah meliputi kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.

Di Sarawak ribut petir turut melibatkan kawasan Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang, manakala hujan di satu dua tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong, pada sebelah petang.

Pada sebelah malam, ribut petir diramalkan di beberapa tempat di Semenanjung iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang manakala di Sabah melibatkan Pedalaman dan Labuan.

SPR menetapkan 19 November sebagai tarikh pengundian manakala pengundian awal pula pada 15 November.

-Sinar Harian

Tags: MetMalaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Memasuki Fasa Peralihan Monsun Aktif, Cuaca Panas Bakal Reda

Negara Memasuki Fasa Peralihan Monsun Aktif, Cuaca Panas Bakal Reda

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Negara kini memasuki fasa peralihan monsun aktif dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca lebih lembap serta...

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 7 Negeri

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 7 Negeri

17/02/2026
0

SHAH ALAM - Seluruh Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya), Negeri Sembilan, Melaka dan Johor berdepan amaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd