• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU15: Tanding Bebas Di Batu, PKR Pecat Tian Chua

oleh Mohd Arshad
05/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU15: Tanding Bebas Di Batu, PKR Pecat Tian Chua
Share on FacebookShare on Twitter
TAMBUN : Bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua secara automatik dipecat daripada parti berkenaan berikutan tindakannya bertanding atas tiket Bebas mencabar calon parti sendiri di kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ikuti Mynewshub: Telegram
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meluahkan rasa kecewa dengan tindakan antara reformis parti itu, berkata Tian Chua tidak wajar memilih haluan itu dengan membelakangi keputusan parti.
Sehubungan itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkenaan, ahli parti yang bertanding sebagai calon Bebas dipecat secara automatik.
“Tian Chua, tidak bernasib baik dia memilih haluan itu (bertanding Bebas). Beliau seorang yang bersemangat dan berdedikasi sebagai seorang reformis. Saya tidak harus melihat seorang reformis sepatutnya melakukan perkara itu sekarang dan dalam kerjaya politik.
“Apa pun, kita akan ambil tindakan sewajarnya. Biasanya sebagai dasar (PKR), mereka yang bertanding sebagai calon Bebas atau meninggalkan parti atas apa jua alasan sekali pun akan secara autmatiknya dipecat oleh parti,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman calon Parlimen Tambun di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Sri Kledang, Institut Latihan Perindustrian Ipoh, di sini hari ini.
PKR mencalonkan P Prabakaran di bawah panji PH untuk bertanding di Parlimen Batu. Penyandang kerusi itu adalah antara calon termuda pada PRU15 ini.
Tian Chua yang pernah menyandang kerusi Parlimen Batu selama dua penggal, sebelum ini meluahkan rasa kecewa dengan senarai calon yang diumumkan kepemimpinan parti.
-Berita Harian
Tags: bebasPecatPKRPRU-15Tian Chua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Pecat Wan Saiful, Gantung Keahlian Wan Ahmad Fayhsal

Bersatu Pecat Wan Saiful, Gantung Keahlian Wan Ahmad Fayhsal

14/10/2025
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah memecat keahlian Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Wan Saiful Wan Jan,...

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

17/09/2025
0

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak pasti pihak mana yang menerima dana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd