MARAN : Barisan Nasional (BN) berdepan saingan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) di kawasan Parlimen Maran.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Calonnya, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin ditentang penyandang kerusi terbabit yang juga bekas Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Ismail Abd Muttalib yang bertanding mewakili Perikatan Nasional (PN) setelah tidak dicalonkan oleh BN.
Calon lain yang bertanding bagi kerusi itu ialah calon Pakatan Harapan (PH) yang juga Ketua AMANAH Maran, Ahmad Shuhor Awang dan seorang calon Bebas, Mohd Hafiz Ishak.
Semua calon menyerahkan borang masing-masing dalam tempoh kurang sejam selepas proses penamaan calon dibuka pada jam 9.00 pagi.
Pencalonan semua mereka disahkan Pegawai Pengurus Parlimen Maran Datuk Sharuddin Jali pada jam 12.34 tengah hari, di Dewan Jubli Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.
Pada PRU-14, Ismail yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian itu memenangi kerusi terbabit dengan majoriti 3,763 undi menewaskan calon PAS dan PH.
-Berita Harian


