Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

VIDEO: CCTV Rumah Zaquan,...

PELAKON Ayu Raudhah dan suami, Zaquan Adha menerima nasib malang apabila rumah mereka...

PM Singgah Sarapan Dengan...

TANJUNG MALIM - Kesibukan jadual harian sebagai Perdana Menteri tidak halang Datuk Seri...

Bola Sepak Pantai: Malaysia...

KUANTAN - Misi Malaysia untuk meraih mata penuh dalam perlawanan kedua saingan Kumpulan...

‘Anak Jantan’ Tiada Kaitan...

PETALING JAYA - Pengarah filem Anak Jantan iaitu Faizul A Rashid memberitahu jalan...

PRU15: ‘Pentadbiran Muhyiddin Huru-Hara, Saya Stabilkan’ – Ismail Sabri

SUNGAI SIPUT : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya cermin diri dan mengenang kembali situasi huru-hara yang pernah berlaku sewaktu pentadbiran bekas Perdana Menteri itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri berkata, ketika Muhyiddin memimpin pada waktu itu landskap politik negara dalam suasana huru-hara.

Katanya, ketika mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan ia bukan mudah kerana beliau terpaksa menguruskan baki kerja yang ditinggalkan oleh Muhyiddin.

“Masa saya ambil alih daripada Pengerusi PN, waktu itu kes COVID-19 lebih 24,000 iaitu paling tinggi di negara ini termasuk ratusan kes kematian sehari, manakala katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital juga tidak mencukupi.

“Saya ambil alih daripada dia (Muhyiddin) sewaktu COVID-19 tengah teruk dan ekonomi juga merudum dengan teruk, tetapi selepas beberapa bulan kita dapat menurunkan kes wabak itu kerana kadar vaksinasi kita salah satu yang terbaik di dunia dan paling tinggi.

“Akhirnya boleh buka sempadan dan bukan saja ekonomi, malah semua sektor lain sehingga peniaga pun boleh berniaga, ekonomi semakin pulih, COVID-19 berjaya diuruskan dan ekonomi berjaya dipulihkan.

“Waktu dia perintah, huru-hara dari segi politik negara. Apabila saya memerintah, saya jadi Perdana Menteri kita lakukan MoU (memorandum persefahaman) antara kerajaan dan pembangkang yang tak pernah berlaku dalam sejarah negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis ramah mesra bersama keluarga FELDA Lasah di sini, pagi tadi.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan calon BN Sungai Siput, Tan Sri SA Vigneswaran.


Ismail Sabri berkata, MoU itu begitu mustahak kerana ia menjamin kestabilan politik negara, sekali gus apa yang dikecapi pentadbiran ketika itu satu kejayaan yang gagal dicapai di bawah Muhyiddin.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menolak sebarang permainan politik namun di pihaknya, beliau mempertahankan sebarang dakwaan menggunakan fakta.

“Ini menunjukkan mereka tidak berpijak di bumi yang nyata. Bagaimana mereka boleh kata kita gagal dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita meningkat setiap suku.

“Suku pertama kita dapat lima peratus, suku kedua 8.9 peratus salah satu tertinggi di Asia Tenggara. Terbaru suku ketiga 14.2 peratus tertinggi di rantau ini.

“Kalau kata kita gagal, nombor tidak menipu. Nombor amat jelas. Dari segi kadar pengangguran kita kurangkan daripada lebih lima peratus kepada sekarang jadi 3.6 peratus.

“Ikutkan setiap bulan kadar pengangguran dapat dikurangkan, tak pernah naik sejak saya mengambil alih.

“Data itu menunjukkan kita berjaya dan tidak berjaya adalah mereka dan mereka juga tak boleh menerima hakikat kita berjaya. Tolong tunjukkan nombor (statistik) dan saya tunjukkan nombor yang menunjukkan kejayaan,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori