• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU15: ‘Pengundi Diharap Tak Lupa ‘Peranan’ BERSATU Yang Bersekongkol Dalam PH’

oleh Mohd Arshad
14/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU15: ‘Pengundi Diharap Tak Lupa ‘Peranan’ BERSATU Yang Bersekongkol Dalam PH’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Pengundi diharap tidak melupakan ‘peranan’ BERSATU yang bersekongkol dalam Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sehingga rakyat tertipu dan salah memilih kerajaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata parti itu juga terpalit ‘dosa’ berikutan berada dalam sebahagian gabungan PH yang merangka manifesto yang tidak mampu ditunaikan kepada rakyat.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Calon BN Rembau turut mendakwa, BERSATU juga menghasut pengundi untuk menumbangkan kerajaan BN walaupun gabungan parti itu berhasil mentadbir negara lebih 60 tahun dengan baik dan cemerlang.

“Itu yang saya cakapkan, jangan lupa BERSATU juga adalah sebahagian daripada PH.

“Dia juga yang merangka manifesto yang tidak ditepati, tetapi orang lupa BERSATU sudah keluar daripada PH dan parti itu adalah pengkhianat,” katanya pada sidang media khas BN Comms di Auditorium UMNO di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kempen yang meminta mengundi memilih Perikatan Nasional (PN) sebagai pilihan kepada PH walaupun BERSATU pernah berada dalam kerajaan PH sebelum ini.

Mohamad mendakwa, BERSATU juga yang menumbangkan dan menjatuhkan kerajaan BN dengan hasut fitnah parti yang berada dalam blok PH pada PRU14.

“BERSATU kena ingat, jangan ingat mereka tiada dosa dan orang (ramai) mesti ingat mereka adalah sebahagian daripada PH.

“Dan sekarang berada dalam PN macam tidak ada apa-apa dan suci. Padahal merekalah bersama PH dulu,” katanya.

-Berita Harian

Tags: BERSATUpengundiPHPRU-15Tok Mat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Balik Rantau Bantu Masak ‘Lomang’, Gulai ‘Lomak’ Cili Api 

Tok Mat Balik Rantau Bantu Masak ‘Lomang’, Gulai ‘Lomak’ Cili Api 

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub RANTAU – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mencuri perhatian netizen menerusi satu rakaman video di muat naik...

Tok Mat Santuni Rakyat Di Tujuh Lokasi Dalam Sehari, Sampaikan Bantuan Aidilfitri

Tok Mat Santuni Rakyat Di Tujuh Lokasi Dalam Sehari, Sampaikan Bantuan Aidilfitri

17/03/2026
0

Oleh Mynewshub SEREMBAN - Kesibukan jadual tidak menghalang Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk turun padang menyantuni rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd