• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU15: PEJUANG Akan Jaga Kebajikan Penjawat Awam – Tun M

oleh Mohd Arshad
13/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU15: PEJUANG Akan Jaga Kebajikan Penjawat Awam – Tun M
Share on FacebookShare on Twitter

DENGKIL : Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) akan memberi perhatian kepada penjawat awam sekiranya dipilih menerajui kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Gabungan Tanah Air (GTA) tidak mempunyai manifesto sebaliknya mempunyai aku janji dan akan menjaga kebajikan penjawat awam.

“Sekiranya kita tawarkan sebelum PRU15, ia seolah-olah beri rasuah kerana Barisan Nasional (BN) tawarkan sebelumnya (pilihan raya) untuk membeli undi penjawat awam.

“Jika mereka ikhlas, tidak perlu beli undi dengan tawarkan wang tunai kepada penjawat awam yang kononnya ingin membantu keluarga ketika tiba musim pilihan raya.

“PEJUANG ingin menubuhkan sebuah kerajaan yang bersih kerana calon GTA tidak terbabit dengan kes mahkamah, bukan seperti BN,” katanya ketika mengadakan tinjauan mesra bersama calon GTA Parlimen Sepang, Datin Che Asmah Ibrahim di pasar pagi Dengkil di sini, hari ini.

Pada hujung Ogos lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan beberapa inisiatif baharu dan berita gembira buat penjawat awam antaranya tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 (MAPPA XVIII).

Ismail Sabri dilaporkan berkata, KGT tambahan khas RM100 itu adalah bagi penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 dan akan dibayar mulai Januari 2023, yang akan membabitkan kira-kira 1.28 juta penjawat awam serta implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion.

Dr Mahathir berkata, penjawat awam perlu berfikir untuk memberi sokongan kepada parti mana pada PRU15 kerana ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah kerajaan stabil dan selepas Perikatan Nasional (PN) dan BN memerintah dengan menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang negara menjadi tidak stabil dan kucar-kacir kerana pemimpin sering bertukar.

-Berita Harian

Tags: pejuangPenjawat AwamPRU-15Tun Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kontroversi membabitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bertindak keluar parti secara...

Ridhuan Tee Dakwa Kena ‘Gam’ Lepas PRU-15

Ridhuan Tee Dakwa Kena ‘Gam’ Lepas PRU-15

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Penceramah agama yang juga penganalisis politik, Dr. Ridhuan Tee Abdullah mendakwa beliau 'digam' daripada bersiaran di RTM...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd