Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Polis Buru Remaja Lakukan...

POLIS Britain kini sedang memburu empat remaja selepas mereka didakwa kencing di sebuah...

Bas Bertembung Kereta, 4...

ROMPIN - Empat termasuk sepasang suami isteri yang baru sebulan berkahwin maut dalam...

Pembalakan Di Meropoh: Adnan...

KUANTAN - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini menyelar...

Avengers : Age Of...

Sudah pasti ramai yang tertungu-tunggu sambungan filem Marvel: The Avenger yang telah ditayangkan...

PRU15: Najib Minta Jentera Berjuang, Mahu BN Menang

JOHOR BAHRU – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu jentera BN bekerja keras bagi memastikan kemenangan gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Anak perempuannya, Nooryana Najwa berkata, ayahnya cukup mengambil berat soal parti meskipun sedang menjalani hukuman penjara.

“Semalam sempat saya berbual dengan dia (ayah) tidak sampai seminit pun. Tetapi soalan pertama yang dia dia tanya kepada saya, bagaimana BN, jentera macam mana.

“Dia sangat risau dan ambil berat tentang hal berkaitan PRU15 kerana hendak lihat BN berjaya,” katanya ketika ditemui selepas membantu kempen calon BN Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed di Kempas, pada Selasa.

Ditanya mengenai kempen BN setakat ini, Nooryana berkata, seolah-olah ada kekosongan apabila ayahnya tidak turun padang berkempen.


Ramai di Johor lihat aura ‘Bosssku’ Najib Razak semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lalu. Dari situ dapat dilihat ayah dapat memikat orang ramai ketika kempen PRN Johor.

“Namun kali ini mungkin sendu sikit sebab ayah tidak dapat bersama. Tetapi kita tidak berhenti itu pesan ayah. Kita kene teruskan demi kebaikan parti dan rakyat, inilah prinsip yang Yana akan bawa semasa kempen ini.

“Prinsip dan semangat inilah yang Yana bawakan semasa kempen membantu calon BN. Di Johor, Yana sudah bantu calon di Ledang dan Pagoh. Hari ini Yana bantu calon BN di Pulai, Datuk Nur Jazlan dan selepas ini di Hulu Langat pula,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori