• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU15: Muhyiddin Yakin Cukup Sokongan Bentuk Kerajaan

oleh Mohd Arshad
20/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU15: Muhyiddin Yakin Cukup Sokongan Bentuk Kerajaan
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, yakin beliau sudah memperoleh bilangan sokongan mencukupi baginya menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ia sekali gus mengakhiri teka-teki bahawa kerajaan mana yang akan menerajui negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang menyaksikan tiada satu pun blok politik mampu meraih kerusi mencukupi untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan.

Muhyiddin berkata, beliau sudah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Openg, pagi tadi berhubung pembentukan kerajaan Persekutuan.

Katanya, Abang Johari memaklumkan kesediaan Ahli Parlimen daripada gabungan itu untuk menyokong dan memberi kepercayaan kepada beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Saya juga sudah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor yang juga menyatakan kesediaan Ahli Dewan Rakyat GRS untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya sebagai Perdana Menteri Ke-10,” katanya dalam satu kenyataan media, petang ini.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, selain kedua-dua gabungan politik itu, beberapa Ahli Parlimen lain juga memberikan komitmen sama.

Beliau berkata, pertemuan itu dan hasil perbincangan juga sudah dimaklumkan kepada Majlis Tertinggi PN dalam satu mesyuarat yang dipengerusikannya petang tadi.

“Sebagai pengerusi PN, saya berkeyakinan bahawa saya akan memperoleh bilangan sokongan yang mencukupi daripada Ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan saya dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Ke-10 seperti yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Pada PRU15 yang berakhir semalam, PN berjaya mendapatkan sejumlah 73 kerusi termasuk kerusi yang ditandingi dengan menggunakan logo PAS di beberapa negeri seperti Kelantan, manakala Pakatan Harapan (PH) mendapat 82 kerusi.

Bagaimanapun, tiada mana-mana blok termasuk Barisan Nasional (BN) mampu membentuk kerajaan selepas keputusan pilihan raya di kesemua 220 kerusi Parlimen yang dipertandingkan semalam diperoleh.

Pilihan raya di dua lagi kawasan Parlimen iaitu Padang Serai dan Baram digantung masing-masing berikutan kematian calon dan keadaan cuaca yang tidak baik menghalang proses pengundian.

BHonline-

Tags: Muhyiddin YassinPerdana MenteriPNPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

21/05/2026
0

MELAKA - Seorang pemimpin cabang Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri menegaskan beliau akan kekal menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri...

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

19/05/2026
0

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) Selangor menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki segera memohon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd