• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU15: Maszlee Ajak Calon Simpang Renggam Berdebat

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU15: Maszlee Ajak Calon Simpang Renggam Berdebat
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Penyandang Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu mengajak tiga calon dari BN, Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA) berdebat sebelum hari pengundian pada 19 November.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Maszlee berkata, perdebatan secara terbuka itu secara dasarnya telah dipersetujui oleh calon iaitu Datuk Seri Hasni Mohammad (BN), Mohd Fazrul Kamat (PN) dan Kamal Kusmin (GTA).

Menurutnya, debat tersebut diadakan bagi membincangkan isu-isu nasional dan tempatan di kawasan Parlimen Simpang Renggam.

“Perdebatan secara terbuka ini bertujuan mendidik rakyat bukan sekadar mengundi berdasarkan sentimen tetapi mereka perlu didedahkan dengan unsur politik matang dan berpendidikan dan demokrasi yang tulen.

“Oleh itu, saya harap kepada semua calon tidak menarik diri di saat akhir daripada menyertai perdebatan,” katanya ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon PRU15 Parlimen Simpang Renggam di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam di sini pada Sabtu.

Sementara itu Mohd Fazrul Kamat (PN) dan Kamal Kusmin (GTA) ketika ditanya mengenai perdebatan itu menyambut baik perkara tersebut dan akan mempertimbangkannya.

-Sinar Harian

Tags: Calon Simpang RenggamdebatmaszleePRU-15
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Malaysia Kembali Ke Zaman Kegelapan Jika Najib Kembali, Pelabur Tak Mahu Datang – Maszlee

Malaysia Kembali Ke Zaman Kegelapan Jika Najib Kembali, Pelabur Tak Mahu Datang – Maszlee

02/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik mendakwa konon Malaysia berisiko kembali kepada ‘zaman kegelapan’ sekiranya wujud...

Pemimpin Luar Negara Berebut Mahu Jumpa PMX – Maszlee

Pemimpin Luar Negara Berebut Mahu Jumpa PMX – Maszlee

02/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik mendakwa kedudukan Malaysia di mata dunia semakin pulih sehingga pemimpin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd