• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU15: KJ Balik Rembau Esok, Undi Tok Mat

oleh Mohd Arshad
18/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU15: KJ Balik Rembau Esok, Undi Tok Mat
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BULOH – Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan beliau akan bertolak ke Rembau esok pagi bagi menjalankan tanggungjawab mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Katanya, sokongan penuh tetap diberikan kepada calon BN di Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan meskipun beliau tidak lagi bertanding di kerusi ‘selamat’ apabila pernah menang tiga penggal berturut-turut.

“Saya bagi kerusi Rembau kepada Tok Mat dengan rela hati.

“Sebelum saya datang balik sini hari Sabtu, pusing-pusing pusat mengundi, saya minta izin balik Rembau nak mengundi Tok Mat di Parlimen Rembau,” katanya dalam sesi ceramah Kasi Jadi Sungai Buloh bersama KJ di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab isu tular yang mendakwa dirinya akan ‘balas dendam’ terhadap Timbalan Presiden Umno itu.

Khairy berkata, pihaknya juga sentiasa menjalankan kempen dengan tertib dan tidak menyentuh apa-apa serangan peribadi kepada pihak lawan termasuk calon BN yang lain.

“Pihak lawan pun dah tak senang hati sehingga sanggup menabur fitnah kerana terdesak sehingga mengeluarkan satu tangkap layar perbualan WhatsApp ke dalam media sosial,” ujarnya.

Terdahulu, dalam satu hantaran di Twitter, Penyandang kerusi Parlimen Rembau itu berkata, beliau akan membuat laporan kepada polis termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap pemilik akaun yang memuatnaik perbualan palsu berkenaan.

-Kosmo Online

Tags: KJPRU-15RembauTok Mat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Balik Rantau Bantu Masak ‘Lomang’, Gulai ‘Lomak’ Cili Api 

Tok Mat Balik Rantau Bantu Masak ‘Lomang’, Gulai ‘Lomak’ Cili Api 

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub RANTAU – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mencuri perhatian netizen menerusi satu rakaman video di muat naik...

Tok Mat Santuni Rakyat Di Tujuh Lokasi Dalam Sehari, Sampaikan Bantuan Aidilfitri

Tok Mat Santuni Rakyat Di Tujuh Lokasi Dalam Sehari, Sampaikan Bantuan Aidilfitri

17/03/2026
0

Oleh Mynewshub SEREMBAN - Kesibukan jadual tidak menghalang Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk turun padang menyantuni rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd