Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Dakwaan Azmin Ali Tindakan...

SEPANG - Dakwaan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mendedahkan...

PRN Johor: BN, UMNO...

KULAI: Keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri...

Pengendali Laman Facebook Rasis...

INSIDEN serangan bom di Jakarta yang didalangi puak Pelampau Islam (IS) atau kini dikenali...

Polis Jamin Siasat Menyeluruh...

JOHOR BAHRU - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor...

PRU15: 20 Peratus Keluar Mengundi Setakat 10 Pagi

PETALING JAYA : Statistik terkini keluar mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) merekodkan sebanyak 20 peratus setakat pukul 10 pagi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara itu dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dijangka sebanyak 21,173,638 rakyat Malaysia mengundi hari ini dalam PRU15 bagi menentukan parti atau gabungan yang mendapat mandat membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.

Kempen PRU15 yang bermula pada 5 November berakhir tengah malam tadi dengan hari ini ditetapkan hari pengundian di seluruh negara.


PRU15 diadakan setelah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen selaras Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan pada 10 Oktober lalu.

Selain memilih 222 ahli Parlimen, PRU15, pilihan raya kali ini turut membabitkan tiga negeri iaitu Perlis, Perak dan Pahang.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori