Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Era Bina Tugu-Tugu Legasi...

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO Perlis mengingatkan semua pihak bahawa era membina tugu-tugu...

Ajak Shiro Cedera Masuk...

BARU-BARU ini salah seorang anggota kumpulan Shiro, Ajak Shiro, 30, menerima 15 jahitan...

Sazali Enggan Diganggu, Mahu...

KUALA LUMPUR - Selepas seminggu dikenakan hukuman penggantungan selama empat tahun, jaguh bina...

Kes Ferguson: Lebih 400...

FERGUSON - Lebih 400 orang ditahan di St Louis dan bandar raya lain...

PRU-15: ‘Sungai Buloh Amat Selamat Buat Khairy’ – Mohamad

Seremban : Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan menangkis dakwaan bahawa tindakan parti meletakkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebagai langkah ‘membunuh’ karier politiknya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, dakwaan pihak tertentu itu adalah tidak benar dengan mengambil kira kerusi Sungai Buloh mengandungi jumlah pengundi Melayu yang mencecah 70 peratus.

“Tidak benar cerita itu (membunuh karier politik Khairy). Pengundi Melayu di situ hampir 70 peratus dan kerusi itu adalah amat selamat, dan Ketua Umno bahagian di situ adalah Setiausaha Politik beliau yang mengalu-alukan beliau ke sana.

“Umno di situ sendiri mengalu-alukan beliau, lebih baik pergi ke sana daripada tempat-tempat yang tidak menerima dia. Itu kedudukannya.

“Pengundi di situ mahukan calon daripada Umno. Saya yakin sahabat saya saudara KJ akan cemerlang di Sungai Buloh dan apa yang penting jentera di sana bersama dengan beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Watikah Calon Parlimen Bagi PRU-15 peringkat Negeri Sembilan di Bilik Media Wisma Umno, di sini, hari ini.

Mohamad berkata, tiada guna meletakkan Khairy di tempat yang tidak menentu seperti di Shah Alam misalnya.

Menurutnya, semua pihak perlu melihat daripada aspek penerimaan pengundi termasuk jentera pilihan raya.


“Di Sungai Buloh, ramai mengalu-alukan kehadiran beliau. Kita akui Khairy mempunyai karier yang lebih jauh dalam Umno.

“Jadi itu adalah kerusi yang betul untuknya,” katanya yang yakin Khairy boleh merampas kerusi Parlimen Sungai Buloh daripada Pakatan Harapan (PH).

Dalam pada itu, Mohamad yang juga calon Parlimen Rembau, mengakui usaha mempertahankan kerusi berkenaan bukan suatu tugas mudah meskipun pengundi kawasan itu boleh dikatakan pengundi tegar BN.

Beliau bagaimanapun yakin berpandukan kajian sikap yang dilakukan jentera parti, pengundi akan kembali menyokong BN.

“Berbanding pada PRU-14, kali ini tiada isu besar yang boleh memungkinkan pengundi tidak memberi undi kepada BN.

“Pelbagai masalah melanda ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) pastinya sudah memberi keinsafan kepada pengundi.

“Saya harap pengundi dapat kembali mengundi BN. Walaupun saya akui BN juga ada cacat cela, tapi kami akan berusaha memastikan Parlimen Rembau ini kekal milik BN,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori