• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU-15: Ismail Sabri Kekal ‘Poster Boy’

oleh AK-47
05/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU-15: Ismail Sabri Kekal ‘Poster Boy’
Share on FacebookShare on Twitter

Bera : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih kekal menjadi ‘poster boy’ Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri berkata, setakat ini ketetapan itu masih tidak berubah dan kekal seperti diputuskan Majlis Tertinggi (MT) Umno selain disokong 156 Bahagian Umno dalam Perhimpunan Agung Umno (Pau) sebelum ini.

“Setakat ini tiada keputusan dari MT untuk mengubah ketetapan yang dibuat sebelum ini (sebagai poster boy).

“Dalam Pau juga sebanyak 156 Bahagian Umno sudah membuat usul untuk mencadangkan saya sebagai Perdana Menteri jika BN berjaya menjadi parti dominan dalam PRU-15 ini,” katanya dalam sidang media di Pusat Penamaan Calon Parlimen Bera, di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, apa yang penting kini BN perlu terus kekal fokus untuk mendominasi dalam PRU-15 bagi membentuk kerajaan yang stabil.

Katanya, mood pengundi kini dilihat menyebelahi BN dan diharap ia boleh diterjemahkan ketika hari pengundian kelak.

“Pengundi sudah matang dan memiliki pemikiran yang mampu membuat penilaian terbaik.

“Setiap kali bertanding kita mesti yakin dan BN juga ada keyakinan itu untuk membolehkan kita menjadi parti dominan dalam Parlimen kelak,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memuji sikap pemimpin Umno yang tidak bertanding turun padang dan membantu memenangkan kembali parti.

Katanya, kekecewaan itu sudah pasti akan dirasai mereka yang tidak terpilih dalam PRU-15 mewakili BN namun perasaan itu tidak harus berpanjangan.

“Setiap Pilihan Raya Umum pasti akan ada digugurkan dengan muka baru ditampilkan tapi mereka yang gugur perlu kembali kepada BN.

“Tujuan kita sama kerana mahu memastikan BN menang kerana yang penting bukan individu tetapi parti dan jika prinsip ini dipegang BN pasti akan menang,” katanya.

-Harian Metro

Tags: BNIsmail SabriPoster BoyPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Terpengaruh Hasil Kajian, Tetap Keluar Mengundi Demi Kemenangan BN-PN

Jangan Terpengaruh Hasil Kajian, Tetap Keluar Mengundi Demi Kemenangan BN-PN

31/07/2026
0

SEREMBAN – Pengundi di Negeri Sembilan tidak boleh terpengaruh dengan kajian, ramalan atau spekulasi yang mendakwa BN-PN sudah berada di...

Kajian ILHAM Centre Unjur BN/PN Kuasai 2/3 Kerusi DUN

Kajian ILHAM Centre Unjur BN/PN Kuasai 2/3 Kerusi DUN

31/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka menguasai 22 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd