• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU-15: Elak Kerja Mengorek Tanah Pada Hari Mengundi – TNB

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU-15: Elak Kerja Mengorek Tanah Pada Hari Mengundi – TNB
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Tenaga Nasional Bhd (TNB) meminta kerjasama semua pihak untuk mengelakkan sebarang kerja pengorekan tanah pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Sabtu ini bagi menghindari kemungkinan gangguan elektrik akibat kerosakan kabel.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood berkata, TNB juga menangguhkan kerja-kerja sedemikian mulai semalam di samping memberikan tumpuan bagi memastikan kestabilan bekalan sepanjang PRU-15, khususnya pada malam keputusan pilihan raya.

“Nasihat kami agar kerja-kerja pengorekan ini ditangguhkan dahulu dan jika tidak dapat dielakkan, patuhilah semua prosedur dan tatacara yang ditetapkan agar kita sama-sama dapat mengurangkan risiko gangguan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Nazmy berkata, sehingga kini pihaknya membuat persiapan bagi memastikan bekalan elektrik di kesemua 6,623 pusat mengundi dan 165 pusat penjumlahan rasmi undi di seluruh Semenanjung dalam keadaan baik pada hari pengundian.

Menurutnya, TNB turut melakukan persiapan awal dalam usaha memastikan aspek teknikal, operasi dan tunggu-sedia bekalan elektrik ke lokasi-lokasi berkenaan sentiasa terjamin.

“Kami juga telah menempatkan pasukan-pasukan petugas bagi memantau dan menunggu sedia untuk lokasi-lokasi penting PRU-15,” katanya.

Katanya, TNB juga mendapatkan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap negeri bagi mendapatkan maklum balas perincian keperluan elektrik di kesemua pusat mengundi serta penjumlahan undi.

-Harian Metro

Tags: hari mengundiKerja Mengorek TanahPRU-15TNB
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PRU Melaka: Hari Mengundi 14 November, 687,697 Pemilih Terlibat, Kos RM28.45 juta

PRU Melaka: Hari Mengundi 14 November, 687,697 Pemilih Terlibat, Kos RM28.45 juta

07/10/2026
0

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 14 November 2026, Sabtu sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan adakah syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd